Rejim Zionis pantau, dengar perbualan telefon rakyat Palestin

November 16, 2021 · Dunia

Rejim Zionis Israel boleh memantau dan mendengar setiap perbualan telefon yang berlaku di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, kata bekas anggota unit perisikan elit tentera Israel 8200.

Setiap telefon bimbit atau telefon yang diimport ke Semenanjung Gaza melalui pintu sempadan Kerem Shalom – di selatan Gaza – dimasukkan dengan pepijat Israel, dan sesiapa yang menggunakan dua rangkaian mudah alih yang dibenarkan di wilayah itu – Jawwal dan Wataniya – dipantau, katanya.

Pada bila-bila masa, ratusan askar sedang mendengar perbualan menerusi rangkaian itu. Pemantauan audio terbahagi kepada dua kumpulan.

Pertama ialah rakyat Palestin yang aktif dalam politik atau yang mewakili ancaman keselamatan pada pandangan Israel. Tahap kedua pemantauan digunakan oleh Shin Bet, perkhidmatan keselamatan dalaman, untuk mencari “titik tekanan” dalam masyarakat Palestin.

Rejim Israel mungkin mencari gay yang boleh dipaksa untuk melaporkan tentang saudara mereka, atau lelaki yang curang kepada isterinya. Mendapat seseorang yang banyak hutang juga bermakna dia boleh dihubungi dan ditawar wang untuk membayar hutangnya sebagai pertukaran untuk kerjasamanya membekalkan maklumat.

“Ini adalah cara di mana Shin Bet memperoleh kuasa ke atas rakyat Palestin yang akhirnya memaksa mereka untuk bekerjasama atau mendedahkan perkara berkaitan orang lain, dan itu semua adalah sebahagian daripada sistem kawalan,” kata veteran askar itu.

Veteran tentera itu memberitahu MEE susulan pendedahan Washington Post mengenai Blue Wolf, teknologi pengecaman muka yang memberi amaran kepada tentera di pusat pemeriksaan untuk menahan suspek.

Sistem pengawasan dan pemantauan besar-besaran ke atas telefon bimbit itu dilakukan oleh tentera Yahudi Israel yang mempelajari bahasa Arab sebagai sebahagian daripada syarat perkhidmatan mereka.

Mereka dipantau oleh tentera ‘Druze’ atau tentera Yahudi berketurunan Syria yang bahasa ibundanya bahasa Arab. Mereka menyalin perbualan rakyat Palestin, menterjemahkan teksnya sebelum dihantar ke unit perisikan tentera dan Shin Bet.

Laporan Washington Post pada Isnin, menggambarkan tahap pengawasan yang baru di seluruh Tebing Barat dipanggil Blue Wolf.

Blue Wolf ialah teknologi telefon pintar yang menangkap imej rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki dan kemudian memadankannya dengan pangkalan data yang dikendalikan oleh tentera dan perisikan Israel.

Sistem itu dipercayai menjadi sebahagian daripada dasar pengawasan yang lebih luas, yang dimulakan oleh tentera Israel pada 2016, menggunakan teknologi pengecaman muka, penderia dan kamera untuk memantau rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat yang diduduki.

Namun terbaharu, ianya bukannya mengambil gambar daripada kamera pegun, tetapi Blue Wolf memberi tentera Israel keupayaan untuk merakam imej daripada telefon pintar dan kemudian menggunakan aplikasi untuk mencari pangkalan data.

Aplikasi itu kemudiannya mempunyai sistem berkod warna yang menunjukkan sama ada individu tertentu harus ditangkap atau dibenarkan melepasi sekatan. – Agensi

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Kesatuan Wartawan bimbang tindakan diambil terhadap pengamal media, tarik pas perakuan
November 10, 2023· Politik
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok