Rejim Zionis ceroboh Masjid Al-Aqsa, sembilan rakyat Palestin cedera

June 19, 2021 · Dunia

Sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin cedera selepas pasukan keselamatan rejim Zionis Israel (IDF) menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa di wilayah yang diduduki rejim itu secara haram di Baitulmaqdis Timur hari ini.

Sejurus solat Jumaat selesai rakyat Palestin mula berkumpul menunjukkan pembelaan kepada Nabi Muhammad sebagai tindak balas terhadap penghinaan yang ditujukan ketika perarakan golongan nasionalis Yahudi pada Selasa.

Rakyat Palestin berkumpul di halaman Masjid Al-Aqsa, tetapi belum sempat berarak dari masjid itu ke Gerbang Damascus, IDF menyerbu pekarangan itu menerusi Bab al-Silsila.

Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata sembilan individu cedera di mana tiga dimasukkan ke hospital selepas askar rejim melepaskan tembakan peluru logam bersalut getah, bom pemedih mata dan bom pegum untuk mengosongkan pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Polis rejim Israel berkata mereka juga menahan 10 rakyat Palestin.

Ratusan yang mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat itu bertindak balas terhadap perarakan nasionalis Yahudi pada Selasa yang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan bangsa Arab.

Middle East Eye melaporkan wartawannya Latifeh Abdelatif cedera di kaki selepas ditembak polis rejim Israel menggunakan peluru logam bersalut getah.

Serbuan ke atas Masjid Al-Aqsa itu berlaku beberapa jam selepas pesawat rejim Zionis melakukan serangan kali kedua ke atas beberapa kedudukan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok