
Kebakaran di tengah Gaza susulan serangan jet rejim Zionis Israel. - Gambar AFP
Rejim pengganas Israel sekali lagi melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza hari ini (16 Julai 2022) susulan bedilan roket, beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berlepas dari Israel ke Arab Saudi.
Menurut kenyataan tentera Israel, sasaran serangan mengenai lokasi pembuatan roket di tengah Semenanjung Gaza yang dikendalikan pejuang Pertubuhan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).
AFP yang memetik saksi berkata tapak itu digunakan sebagai lokasi latihan.
Terdahulu, siren amaran dibunyikan di selatan Israel pada awal pagi Sabtu sebelum serangan roket dari Semenanjung Gaza.
Satu roket dipintas, manakala tiga lagi projektil jauh di kawasan terbuka, kata sumber tentera Israel.
Setakat ini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan roket berkenaan. – Agensi