Rejim Israel dipercayai guna gas beracun serang Palestin

May 14, 2021 · Dunia

Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza pada Khamis mengesahkan beberapa kematian di kalangan rakyat Palestin adalah disebabkan terhidu gas beracun.

Penemuan itu diumumkan selepas bedah siasat ke atas beberapa jenazah yang dihantar ke hospital selepas pengeboman askar rejim Zionis Israel ke atas penempatan penduduk di Semenanjung Gaza, semalam.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, bedah siasat dilakukan di Hospital Al-Shefa di Gaza dan mendapati kematian berkenaan disebabkan terhidu gas beracun.

Penemuan itu sekali gus menguatkan lagi dakwaan beberapa pihak bahawa rejim Tel Aviv menggunakan gas beracun untuk membunuh rakyat Palestin.

Sehingga berita ini ditulis, jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan rejim Israel meningkat kepada 87 orang, termasuk 18 kanak-kanak dan tujuh wanita, sementara 530 lagi cedera, kata kementerian itu.

Enam warga Israel, termasuk dua anggota tenteranya turut terbunuh selepas pejuang Palestin menembak lebih 1,500 roket ke arah penempatan haram Israel di sekitar Baitulmaqdis dan Tel Aviv.

Sementara itu, British Airways, Virgin Atlantic, Lufthansa dan Iberia membatalkan penerbangan ke Tel Aviv, serentak tindakan sama diambil oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Israel kini mengaktifkan lapangan terbang sementara di selatan wilayah diduduki secara haram yang lebih jauh, bagi mengelak menjadi sasaran roket pejuang Palestin.

Orang ramai mengusung jenazah seorang wanita yang terbunuh bersama anak perempuannya apabila kem pelarian di Al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza diserang pesawat udara rejim Zionis, hari ini. – Gambar laman sosial

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok