Rejim Israel bom masjid

Serangan udara rejim Zionis di utara Semenanjung Gaza turut menyasarkan masjid. - Gambar Twitter

Kementerian Hal Ehwal Yayasan dan Agama Palestin mengumumkan bahawa Masjid Kuleybu di utara Semenanjung Gaza musnah sepenuhnya dalam serangan rejim pengganas semalam.

Agensi berita Turki, Anadolu melaporkan, rejim Zonis itu melakukan hampir 30 serangan udara awal hari ini yang menyasarkan utara Semenanjung Gaza.

Masjid Kuleybu hancur sepenuhnya dalam serangan itu, lapor Anadolu yang memetik kenyataan Kementerian Hal Ehwal Yayasan dan Agama Gaza dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah lagi masjid di Beit Lahia utara Gaza juga dilaporkan musnah dalam pengeboman rejim Zionis Israel.

Terdahulu, agensi berita itu melaporkan rejim Israel mengebom rumah milik seorang penduduk, Abu Hatab di kem pelarian Al-Shati menyebabkan tujuh, termasuk lima kanak-kanak dan dua wanita, terbunuh.

Rejim Zionis juga membunuh tiga rakyat Palestin awal hari ini menjadikan jumlah keseluruha mereka yang terbunuh sejak Isnin lalu meningkat kepada 144 orang, termasuk 37 kanak-kanak dan 22 wanita, manakala 950 lagi cedera.

Sementara itu, 11 rakyat Palestin yang terbabit dalam tunjuk perasaan di Tebing Barat ditembak mati oleh askar dan polis rejim pengganas, pada Jumaat, manakala 1,757 lagi cedera.

Pada masa sama pihak berkuasa Lubnan mengumumkan askar rejim Israel menembak mati seorang pemuda warganya dalam serangan atileri ke atas penunjuk perasaan di sempadan Lubnan-Israel, semalam. – Agensi

POPULAR