Rejim baharu Israel mula buka ruang kekacauan di Baitulmaqdis

June 15, 2021 · Dunia

Beberapa jam selepas mengambil alih kuasa pentadbiran daripada Benjamin Netanyahu, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Naftali Bennett membuat satu keputusan yang disifatkan membuka ruang kepada kekacauan di kalangan rakyat Palestin di Baitulmaqdis.

Ini susulan keputusan kerajaan baharu rejim Zionis Israel membenarkan nasionalis Yahudi berarak di Baitulmaqdis, sekali gus bakal mencetuskan kemarahan penduduk Palestin.

Dengan kibaran bendera rejim Israel, kumpulan sayap kanan Yahudi merancang perarakan pada Selasa di sekitar Baitulmaqdis Timur, khususnya di tembok Bandar Lama tidak jauh dari Masjid Al-Aqsa.

Keputusan itu dilihat bakal membakar semula kemarahan rakyat Palestin yang masih terkesan akibat pertempuran 11 hari antara rejim Zionis dengan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza pada Mei lalu.

“Ini adalah provokasi terhadap rakyat Palestin dan tindakan agresif terhadap Baitulmaqdis serta tempat suci umat Islam,” kata Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh merujuk kepada keputusan membenarkan perarakan itu.

Selepas mesyuarat dengan polis rejim Israel, Menteri Dalam Negeri yang baharu dilantik Omer Barlev membenarkan puak sayap kanan Yahudi mengadakan perarakan itu.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada peserta perarakan itu akan dibenar memasuki kawasan umat Islam di Bandar Lama, iaitu laluan yang sebelum ini dilarang oleh polis rejim Israel.

Pergerakan Pejuang Islam Palestin (Hamas) kemudian memberi amaran kemungkinan akan berlaku tindak balas jika perarakan itu dibenarkan, sementara media Israel pula melaporkan pasukan keselamatan rejim sudah mengambil langkah berjaga-jaga.

“Perarakan bendera akan menyebabkan kempen baharu untuk melindungi Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa berulang,” kata jurucakap Hamas, Abd al-Latif Qanou.

Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis pula melarang kakitangan dan keluarga mereka daripada memasuki Bandar Lama pada Selasa susulan perarakan dan kemungkinan demonstrasi balas oleh rakyat Palestin.

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Kesatuan Wartawan bimbang tindakan diambil terhadap pengamal media, tarik pas perakuan
November 10, 2023· Politik
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok