Ratu Elizabeth II mulakan perjalanan terakhir

September 11, 2022 · Dunia

Ratu Elizabeth II memulakan perjalanan terakhirnya hari ini dengan beribu-ribu penduduk dijangka menyusuri laluan kerandanya dari tempat dia menghembuskan nafas terakhir di Scotland.

Perarakan penuh keranda Ratu Britain yang diperbuat daripada kayu oak dari Istana Balmoral ke Edinburgh menandakan permulaan perkabungan negara yang akan tiba ke kemuncaknya pada hari pengebumian di London pada 19 September ini.

Perjalanannya bermula sehari selepas anaknya Charles secara rasmi diisytiharkan sebagai Raja Britain dengan gelaran Raja Charles III, dan selepas cucunya yang berperang Putera William dan Putera Harry, serta isteri mereka Kate Middleton dan Meghan Markle, berjalan beriringan hari ini di Istana Windsor.

Upacara pengebumian negara Ratu Elizabeth II akan diadakan di Westminster Abbey pada 19 Sept, umum Istana Buckingham pada Sabtu.

“Sebelum upacara Pengebumian Negara, jasad baginda akan ditempatkan di Westminster Hall selama empat hari, bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir,” menurut kenyataan itu.

Sebuah van jenazah yang membawa keranda raja paling lama berkhidmat di Britain akan melakukan perjalanan selama enam jam melalui bandar di Scotland sebelum tiba di Edinburgh, di mana ia akan ditempatkan selama dua hari bagi membolehkan orang ramai boleh memberi penghormatan.

Raja Charles III sendiri kemudiannya akan pergi ke Edinburgh pada Isnin untuk upacara sembahyang, sebelum jasad Ratu Elizabeth II, diterbangkan ke ibu negara pada Selasa.

Jasad akan ditempatkan empat hari dalam acara yang dijangka menarik sekurang-kurangnya sejuta orang, menjelang pengebumian yang akan ditonton di seluruh dunia dan menarik kehadiran ramai ketua negara.

Keranda ratu kemudiannya akan diarak menuju ke Westminster Hall, dengan diiring Raja Britain dan kerabat diraja lain.

Jasad Raty Elizabeth akan disemadikan bersebelahan perkuburan suaminya, mendiang Putera Philip.

Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, meninggal dunia pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada Khamis. – Agensi

Berita berkaitan
Putera Charles jadi Raja baharu serta merta ganti Ratu Elizabeth II
September 9, 2022· Dunia
Ratu Elizabeth II disahkan meninggal dunia pada usia 96 tahun
September 9, 2022· Dunia
Rusia kemaskini senarai nama sekatan, bekas PM Britain disenarai hitam
August 2, 2022· Dunia
PM baharu UK diumum pada September selepas Boris letak jawatan
July 12, 2022· Dunia
Popular
Korea Utara uji peluru berpandu, sehari sebelum Kamala tiba di Seoul
September 28, 2022
Ancaman bom: F-16 iring pesawat Singapura, penumpang ditahan
September 28, 2022
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
10 jam lalu · Dunia
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
10 jam lalu · Dunia
Rakyat Kuwait mula mengundi pilih Parlimen baharu
10 jam lalu · Dunia
Taufan Ian, ribut paling kuat landa AS rempuh Florida awal pagi tadi
21 jam lalu · Dunia
Korea Utara uji peluru berpandu, sehari sebelum Kamala tiba di Seoul
September 28, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
6 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok