Ratu Elizabeth II disahkan meninggal dunia pada usia 96 tahun

September 9, 2022 · Dunia

Raja paling lama berkhidmat di Britain, Ratu Elizabeth II disahkan meninggal dunia pada usia 96 tahun, umum Istana Buckingham pada Khamis.

“Permaisuri meninggal dunia secara aman di Balmoral petang ini,” kata pihak istana, menurut laporan Agensi Anadolu.

“Raja dan Permaisuri akan kekal di Balmoral petang ini dan akan kembali ke London esok,” kata kenyataan itu lagi.

Ratu mempunyai masalah mobiliti dan kesihatan sejak 12 bulan lalu akibat usia tua.

Mendiang juga terpaksa membatalkan banyak jemputan kerana masalah kesihatan dihadapinya dan atas nasihat doktor.

Penampilan terakhirnya di khalayak ramai adalah semasa sambutan Jubli Platinum pada bulan Jun sempena ulang tahun ke-70 tahun Ratu di atas takhta.

Terdahulu, media melaporkan Ratu sedang dipantau “penyeliaan perubatan” di estet Balmoral di Aberdeenshire, Scotland.

 

Berita berkaitan
Calon Perikatan Nasional di DUN Tioman meninggal dunia
November 19, 2022· Politik
PRU-15: Parlimen Padang Serai undi 7 Disember, bukan esok
November 18, 2022· Politik
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022· Dunia
Al-Fatihah, Bob Lokman meninggal dunia
September 23, 2022· Isu semasa
Popular
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
March 31, 2023
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
Lagi Dunia terkini
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
5 jam lalu · Dunia
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023 · Dunia
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023 · Dunia
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok