Ramai wanita bekerja di Jepun bunuh diri

November 3, 2021 · Dunia

Kes bunuh diri dalam kalangan wanita bekerja di Jepun meningkat ketika pandemik Covid-19, menurut laporan diteribitkan kerajaan Negara Matahari Terbit itu semalam.

Kertas putih mengenai langkah pencegahan bunuh diri yang diluluskan oleh kerajaan menunjukkan jumlah kes dalam kalangan wanita meningkat sebanyak 935 kes kepada 7,026 pada 2020, lapor badan penyiaran awam NHK.

Kenaikan angka kes bunuh diri menandakan peningkatan pertama dalam dua tahun, kata laporan itu.

“Ia mencadangkan keadaan ini mungkin disebabkan oleh perubahan dalam suasana kerja yang disebabkan oleh penyebaran jangkitan Covid-19,” tambah laporan itu.

Dalam kalangan lelaki pula, jumlah kes bunuh diri turun sebanyak 23 kes kepada 14,055. Ia adalah penurunan ke-11 berturut-turut.

Keseluruhannya, seramai 21,081 individu menghabiskan nyawa mereka di negara itu tahun lalu, meningkat 912 kes daripada 2019.

“Ia merupakan kenaikan tahun ke tahun yang pertama sejak 2009. Peningkatan kes bunuh diri sebelumnya berlaku berikutan krisis kewangan global 2008,” kata laporan itu.

Peningkatan terbesar dalam kes bunuh diri di kalangan wanita yang bekerja membabitkan ‘kakitanga yang bekerja di pejabat, perkhidmatan kesihatan, atau menyediakan jenis perkhidmatan lain’.

“Terdapat peningkatan dalam bilangan kes di mana perubahan dalam persekitaran kerja, dan hubungan dengan orang lain di tempat kerja, disebut sebagai kemungkinan sebab atau motif bagi wanita itu membunuh diri,” kata laporan itu.

Japan sebagai negara ekonomi ketiga dunia melaporkan lebih 1.72 juta kes Covid-19, termasuk 18,275 kematian. – Agensi

Berita berkaitan
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
21 jam lalu· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Rayuan wanita cabar keputusan murtad Mahkamah Syariah ditolak
August 28, 2023· Isu semasa
PMX kata hantar wanita sahaja lawan Azmin: Laporan
August 7, 2023· Politik
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Jepun labur lagi AS$25 bilion tangani kadar kelahiran rendah
June 14, 2023
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
24 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok