Ramadan di Indonesia bermula esok, bukan hari ini

Umat Islam Indonesia berbeza pendapat berhubung penentuan hari pertama Ramadan tahun ini apabila kumpulan Islam kedua terbesar di negara itu, Muhammadiyah mendakwa ianya jatuh pada Sabtu (2 April 2022).

Muhammadiyah, yang mempunyai lebih 60 juta ahl, berkata mengikut pengiraan astronominya Ramadan bermula pada Sabtu, sama seperti beberana negara lain di Timur Tengah, termasuk Arab Saudi.

Tetapi pemerintah republik itu mengumumkan semalam bahawa hari pertama Ramadan akan bermula pada Ahad, selepas ahli astronomi Islam di negara itu gagal melihat anak bulan.

Ini bukan kali pertama Muhammadiyah menawarkan pendapat berbeza mengenai perkara itu, tetapi kebanyakan rakyat Indonesia – umat Islam merangkumi hampir 90 peratus daripada 270 juta penduduk negara itu – dijangka mengikut tarikh rasmi kerajaan.

Walau bila pun umat Islam di negara keempat paling padat penduduk di dunia itu ditetapkan untuk menjalani ibadah puasa secara normal sejak pandemik Covid-19 melanda awal 2020 lalu, wabak itu semakin menunjukkan penurunan dalam jangkitan harian.

Minggu lalu, Presiden Joko Widodo mengumumkan kerajaan akan melonggarkan sekatan berkaitan Covid-19 buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.

Umat Islam Indonesia boleh mengadakan solat beramai-ramai sepanjang Ramadan tahun ini dan menyertai keluarga mereka pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri pada awal Mei atau dikenali sebagai ‘mudik’.

“Tahun ini, umat Islam boleh mengadakan solat berjemaah (Tarawih) di masjid,” kata Widodo dalam ucapan di televisyen. “Orang ramai yang juga ingin menziarahi sanak saudara ketika Aidilfitri dialu-alukan.”

Negara itu melaporkan hanya 2,930 kes pada Jumaat, mewakili lebih daripada 90 peratus penurunan dari pertengahan Februari, apabila lonjakan yang didorong oleh varian Omikron memuncak pada sekitar 64,700 kes harian.

Kira-kira 75 peratus daripada 208.2 juta penduduk Indonesia yang layak, telah diberi vaksin sepenuhnya setakat Jumaat.

Solat Tarawih akan kembali dilakukan seperti biasa tahun ini dengan jemaah tidak lagi perlu mengekalkan penjarakan fizikal yang diperkenalkan semasa wabak. Tetapi peraturan tertentu kekal, seperti wajib memakai pelitup, dan jemaah dikehendaki membawa sejadah mereka sendiri. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR