Rakyat Thai di India dinasihatkan pulang segera

May 4, 2021 · Dunia

Kerajaan Thailand menasihati rakyatnya yang berada di India supaya pulang segera ke tanahair susulan penularan Covid-19 yang tidak terkawal dihadapi negara besar tersebut ketika ini.

Dalam laman Facebooknya, Kedutaan Thai di India mengeluarkan kenyataan menggesa warganegara Thailand yang tidak mempunyai sebarang tugasan atau urusan kerja di sana dinasihati untuk pulang.

Dalam kenyataan itu lagi, warganegara Thailand yang memerlukan khidmat untuk pulang segera boleh mengambil penerbangan khas dari India ke Bangkok pada Rabu ini, 5 Mei.

Penerbangan khas tersebut akan tiba di India untuk menghantar bekalan perubatan kepada negara yang sedang bergelut dengan penularan wabak pembunuh itu.

“Terdapat dua penerbangan lain yang boleh tersedia, satu dari Chennai ke Bangkok pada 8 Meu dan New Delhi ke Bangkok pada 15 Mei,” kata kenyataan itu lagi.

India ketika ini sedang bergelut dalam membendung penularan jangkitan Covid-19 selepas sistem kesihatan mereka lumpuh dengan bekalan oksigen dan peralatan perubatan yang semakin tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit yang terlalu banyak.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok