Rakyat Sydney ‘dibebaskan’ selepas capai sasaran vaksin

Hampir lima juta populasi rakyat Sydney hari ini menyambut ‘hari Kebebasan’, apabila dibenarkan keluar menjalani kehidupan seperti biasa selepas lebih empat bulan terkurung akibat penularan Covid-19.

Lebih 70 peratus penduduknya lengkap divaksin dan ia sudah mencapai sasaran Kerajaan, New South Wales akan membenarkan pembukaan semula bagi semua pub, restoran, kedai runcit, pawagam dan teater disamping mengurangkan lebih banyak sekatan perjalanan.

Manakala, kadar vaksinasi dijangka akan mencapai tahap 80 peratus dalam tempoh satu atau dua minggu lagi, dimana sekatan akan dilonggarkan lagi dengan membenarkan penduduk untuk memandu dan bercuti ke mana-mana sahaja di wilayah itu.

Pemilik hotel butik kecil bertaraf lima bintang di Central Coast di utara Sydney, Brian Barry memberitahu bahawa ketika ini, penduduk sedang berasa terdesak untuk bercuti dan berbelanja secara berlebihan.

“Ada banyak duit di luar sana kerana tiada sesiapa yang membelanjakannya sebelum ini,” jelasnya.

Katanya, kaviar, udang karang dan wain import premium pasti akan mendapat permintaan tinggi kerana kerana kebanyakkan pelanggan yang menempah hotelnya, sebelum ini dikenakan perintah berkurung dan duduk di rumah hampir 16 minggu.

Selain itu, hotelnya turut dipenuhi tempahan untuk tempoh beberapa bulan akan datang, Barry yakin ini merupakan titik permulaan untuk ‘kembalikan’ pelancongan serantau.

Di Sydney, konsert, teater dan acara luar dijangka akan mengubah bandar pelabuhan itu menjadi pusat sosial di Australia.

Dilaporkan, Agensi Perancangan Majlis di wilayah itu juga bekerja sepenuh masa untuk memenuhi permintaan pelanggannya.

Perunding, Chrissy Biasotto sebelum ini sering menganjurkan majlis makan malam bagi jenama kecantikan antarabangsa memberitahu, penganjurans sesuatu majlis kebiasaanya memerlukan tempoh empat ke lima bulan untuk persediaan.

“Namun sekarang, kami perlu mempercepatkan proses perancangan itu, kami juga akan cuba untuk mempercepatkan semua acara tambahan bagi sambutan awal Disember ini,” katanya.

Bagi penduduk yang tidak divaksin, mereka dilarang untuk memasuki kebanyakan premis seperti kedai runcit, pub, kelab serta kemudahan sosial lain dan sukan sepanjang bulan Oktober dan November ini.

Hanya penduduk sudah divaksin lengkap akan dibenarkan untuk menikmati kebebasan baharu di Sydney bermula hari ini.

Bagi penduduk lain, mereka perlu menunggu sehingga bulan Disember ini, manakala beberapa pihak menyifatkan ia sebagai undang-undang itu sebagai satu bentuk apartheid.

BERITA BERKAIT
POPULAR