Rakyat Jepun mula mengundi hari ini

October 31, 2021 · Dunia

Dianggarkan lebih 106 juta penduduk Jepun akan keluar untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) negara itu hari ini.

Seramai 1,051 calon dari seluruh negara itu akan bertanding merebut 465 kerusi di Dewan Perwakilan dalam PRU kali ini.

Proses pengundian akan berjalan hari ini, dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida masih menaruh harapan tinggi untuk meraih kemenangan dalam pemilihan itu.

Sementara itu, pemilihan ini sekali gus akan menentukan sama ada Kishida akan terus memegang jawatan tertinggi itu atau tidak, ketika krisis ekonomi dan kebimbangan virus Covid-19 yang semakin berlarutan di negara itu.

Sebelum ini, Kishida dipilih menjadi pemimpin Parti Liberal Demokratik (LDP) pada bulan lalu selepas mantan Perdana Menteri, Yoshihide Suga mengumumkan perletakan jawatan, setelah hampir setahun menyandang jawatan itu.

Perletakan jawatan oleh Suga adalah kerana rakyat Jepun tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya terutama ketika menangani pandemik Covid-19.

Sebelum ini, Kishida semasa berkempen berjanji untuk menawarkan pakej rangsangan ekonomi baharu kepada rakyatnya yang bernilai trilion yen bagi menangani kesan pandemik Covid-19 di Jepun. – Agensi

Berita berkaitan
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
Amaran tsunami dikeluarkan agensi cuaca Jepun susulan gempa
October 9, 2023· Dunia
Popular
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok