Rakyat Arab Saudi lawat 13 negara ‘panas Covid’ berdepan hukuman

July 29, 2021 · Dunia

Dalam rangka mengekang penularan Covid-19 dengan pelbagai varian baharu, Arab Saudi memberi amaran akan menyenaraihitamkan rakyatnya yang melawat negara-negara dalam ‘senarai merah’ negara itu.

Agensi berita Arab Saudi, SPA, melaporkan rakyat negara itu yang melanggar larangan berkenaan tidak akan dibenar keluar negara dalam tempoh selama tiga tahun.

“Melawat negara yang disenaraikan itu adalah pelanggaran yang nyata terhadap perintah sekatan pergerakan Covid-19 yang telah dikemas kini.

“Mereka yang melanggar larangan perjalanan akan dipertanggungjawabkan dan dikenakan hukuman berat, termasuk larangan perjalanan ke luar negara selama tiga tahun,” lapor SPA yang memetik sumber Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi hari ini.

Negara yang diletakkan dalam senarai merah Arab Saudi ialah Afghanistan, Argentina, Brazil, Mesir, Ethiopia, India, Indonesia, Lubnan, Pakistan, Afrika Selatan, Turki, Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi memaklumkan 1,334 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan kumulatif sebanyak 522,100 kes sejak permulaan pandemik.

Negara itu juga merekodkan 8,200 kematian akibat Covid-19.

Sejak permulaan kempen vaksinasi dilancarkan hingga kini, kira-kira 50 peratus daripada 30 juta penduduk Arab Saudi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Pada Mei lalu, pemerintah Arab Saudi membuka semula perjalanan antarabangsa kepada rakyatnya yang sudah melengkapkan dua dos vaksin, setelah ditutup pada Mac 2020. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok