Raja Salman undang Emir Qatar melawat Arab Saudi

April 27, 2021 · Dunia

Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud mengundang Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani untuk melawat negara itu, kata pejabat Emir.

Undangan tersebut dilihat sebagai petanda baharu kedua-dua negara jiran itu akan menjalin hubungan lebih erat selepas Riyadh memutuskan hubungan dengan Doha pada 2017.

Tiga lagi negara yang memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan, serta menutup pintu sempadan dengan Qatar ialah Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir.

Namun pada Januari tahun ini semua negara terbabit setuju menyambung semula hubungan dengan Qatar.

“Sheikh Tamim menerima surat undangan itu melawat Arab Saudi daripada Raja Salman,” kata pejabat Emir dalam satu kenyataan.

Kali terakhir Emir Qatar melakukan perjalanan ke Arab Saudi ialah pada 6 Januari lalu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk.

Bagaimanapun, beliau hanya menemui Putra Mahkota, Putera Mohammed bin Salman.

Jemputan terbaharu itu disampaikan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud yang tiba di Doha untuk menemui rakan sejawatnya dari Qatar.

“Kedua-duanya berbincang mengenai kerjasama negara-negara Teluk,” kata Kementerian Luar Qatar. – Agensi

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Agong zahir penghargaan Malaysia semasa bertemu Putera Arab Saudi
July 2, 2023· Isu semasa
Hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit: Arab Saudi
June 14, 2023· Dunia
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok