Radang tulang belakang kesan sampingan AstraZeneca: EMA

January 15, 2022 · Dunia

Panel keselamatan pengawal selia ubat Eropah pada Jumaat memasukkan keradangan tulang belakang yang jarang berlaku dipanggil mielitis melintang, sebagai kesan sampingan vaksin Covid-19, AstraZeneca.

Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) juga memberi amaran serupa untuk vaksin satu dos Johnson & Johnson (J&J) pada Oktober, dan mengulangi pendirian itu pada Jumaat.

Mielitis melintang adalah keradangan satu atau kedua-dua belah saraf tunjang dan boleh menyebabkan lengan atau kaki menjadi lemah, gejala deria atau masalah dengan fungsi pundi kencing atau usus.

“Pada masa ini tiada mekanisme yang dapat mengesahkan vaksin Covid-19 boleh menyebabkan myelitis melintang, sesuatu yang sangat jarang berlaku,” kata jurucakap AstraZeneca.

Jawatankuasa EMA, selepas menyemak data, membuat kesimpulan terdapat kemungkinan munasabah kaitan antara kedua-dua jenis vaksin itu dengan mielitis melintang.

Bagaimanapun, EMA menegaskan manfaat kedua-dua vaksin kekal tidak berubah.

Agensi kawal selia itu juga tidak memberikan sebarang maklumat berhubung bilangan kes mielitis melintang yang dilaporkan selepas vaksinasi diberikan tetapi berkata kesan sampingan itu ditambah sebagai tindak balas buruk kekerapan yang tidak diketahui berkaitan maklumat produk.

Vaksin AstraZeneca telah menghadapi beberapa halangan, termasuk kelewatan pengeluaran dan siasatan oleh pengawal selia berikutan kesan sampingan teruk yang jarang berlaku, seperti pembekuan darah dengan platelet rendah, yang menyebabkan beberapa negara menyekat atau menghentikan penggunaannya.

Mielitis melintang juga adalah antara kesan sampingan dikesan pada peringkat awal pembangunan untuk kedua-dua suntikan AstraZeneca dan J&J.

EMA juga mengesyorkan mengemas kini maklumat produk untuk vaksin AstraZeneca mengenai pembekuan darah yang jarang berlaku dengan kiraan platelet yang rendah selepas suntikan pertama, namun lebih sedikit kesan sampingan sedemikian diperhatikan selepas dos kedua. – Reuters

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok