Radang jantung: Sweden, Denmark henti beri Moderna kepada remaja

October 7, 2021 · Dunia

Sweden dan Denmark menghentikan pemberian vaksin Covid-19, Moderna, kepada individu lebih muda susulan kemungkinan berlaku kesan sampingan yang jarang terjadi, seperti miokarditis.

Agensi kesihatan Sweden pada Rabu memaklumkan suntikan Moderna kepada individu yang lahir pada 1991 selepas data menunjukkan peningkatan kes miokarditis dan perikarditis dalam kalangan belia dan dewasa muda setelah divaksinasi.

Keadaan tersebut melibatkan keradangan jantung atau lapisannya.

Hubung kait itu berlaku dengan jelas membabitkan vaksin Moderna Spikevax, terutama setelah suntikan dos kedua,” kata agensi kesihatan itu dalam satu kenyataan, sambil menambahkan bahawa risikonya sangat kecil.

Ketua Epidemiologi Sweden, Anders Tegnell, berkata agensi kesihatan akan terus memantau keadaan itu dengan teliti dan bertindak cepat untuk memastikan bahawa vaksinasi menentang Covid-19 akan sentiasa selamat digunakan dan pada masa sama memberikan perlindungan yang berkesan terhadap penyakit ini.

Di Denmark, individu di bawah usia 18 tahun tidak akan ditawarkan vaksin Moderna sebagai langkah berjaga-jaga, kata pihak berkuasa kesihatan negara ini pada Rabu.

Katanya data dikumpul daripada negara-negara Nordic – Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Iceland – menunjukkan terdapat kecurigaan peningkatan risiko keradangan jantung ketika divaksinasi dengan suntikan Moderna, walaupun jumlah kesnya tetap rendah.

Data awal daripada kajian negara-negara Nordik itu telah dihantar kepada Agensi Perubatan Eropah (EMA) dan kini akan dinilai.

Kedua-dua negara itu kini bercadang menggunakan vaksin Comirnaty keluar Pfizer/BioNTech.

Norway sudah mencadangkan vaksin Cominarty kepada anak di bawah umur.

Negara itu menekankan bahawa kesan sampingan yang jarang berlaku mungkin lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak lelaki dan belia terutama setelah suntikan kedua.

“Lelaki berusia di bawah 30 tahun juga sepatutnya diberi Cominarty,” kata Ketua Kawalan Jangkitan Institut Kesihatan Awam Norway, Geir Bukholm dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa Finland pula memaklumkan negara itu akan menyatakan keputusan mereka pada Khamis.

EMA meluluskan penggunaan Comirnaty pada Mei, sementara Spikevax diberi kelulusan untuk kanak-kanak berusia lebih daripada 12 tahun pada Julai. – Reuters

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
KKM beri peringatan jangan sertai perhimpunan haram
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok