Radang jantung: Finland pula hentikan penggunaan Moderna

October 7, 2021 · Dunia

Finland pula mengikut jejak jirannya Sweden dan Denmark, menghentikan pemberian vaksin Covid-19 Moderna untuk lelaki yang dilahirkan pada tahun 1991, susulan laporan mengenai kesan sampingan kardiovaskular yang jarang berlaku, kata lembaga kesihatan dan kebajikan negara itu, hari ini.

Semalam, pegawai kesihatan Sweden dan Denmark mengumumkan mereka menghentikan penggunaan vaksin Moderna untuk semua individu dewasa dan remaja dan belia.

Agensi kesihatan Sweden pada Rabu memaklumkan suntikan Moderna kepada individu yang lahir pada 1991 selepas data menunjukkan peningkatan kes miokarditis dan perikarditis dalam kalangan belia dan dewasa muda setelah divaksinasi.

Keadaan tersebut melibatkan keradangan jantung atau lapisannya.

“Kajian Nordic membabitkan Finland, Sweden, Norway dan Denmark mendapati lelaki di bawah usia 30 yang menerima Moderna Spikevax mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada yang lain untuk mengalami miokarditis,” kata Pengarah Insititu Kesihatan Finland, Profesor Mika Salminen.

Nordic merujuk kepada negara Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Iceland.

Menurutnya miokarditis, yang bermaksud keradangan otot jantung, biasanya sembuh sendiri dalam beberapa hari.

Beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga Finland hanya akan memberikan vaksin Pfizer kepada kanak-kanak dan belia lelaki.

Jurucakap Moderna semalam berkata syarikat itu mengambil berat tindakan Sweden dan Denmark yang menghentikan pemberian vaksin jenis itu kepada golongan berkenaan.

“Ini adalah kes ringan dan individu cenderung pulih dalam masa yang singkat setelah menjalani rawatan biasa dan rehat. Risiko miokarditis meningkat dengan ketara bagi mereka yang menghidap Covid-19, dan vaksinasi adalah cara terbaik untuk melindungi daripada ini,” kata jurucakap itu.

Semalam, Ketua Epidemiologi Sweden, Anders Tegnell, berkata agensi kesihatan akan terus memantau keadaan itu dengan teliti dan bertindak cepat untuk memastikan bahawa vaksinasi menentang Covid-19 akan sentiasa selamat digunakan dan pada masa sama memberikan perlindungan yang berkesan terhadap penyakit ini.

Di Denmark, individu di bawah usia 18 tahun tidak akan ditawarkan vaksin Moderna sebagai langkah berjaga-jaga, kata pihak berkuasa kesihatan negara ini pada Rabu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok