Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan

November 21, 2022 · Dunia

Ecuador menundukkan tuan rumah Piala Dunia, Qatar 2-0 dalam Kumpulan A, awal pagi ini waktu Malaysia, dengan dua gol daripada penyerang veteran Enner Valencia – sekali gus menjadikan kekalahan pertama perlawanan pembukaan buat negara tuan rumah dalam sejarah kejohanan itu.

Penjaring terbanyak Ecuador sepanjang masa, digelar “Superman” di tempat sendiri, menjaringkan penalti dan menambah satu lagi menerusi tandukan pada minit ke-31 yang diambil dengan baik untuk memberikan negara Amerika Selatan mendahului pada babak masa pertama.

Kekalahan boleh menjadi lebih teruk bagi tuan rumah di hadapan 67,372 penonton di Stadium Al Bayt yang berbentuk khemah, jika tandukan Valencia, 33, yang menerjah jaring pada seawal minit ketiga diambil kira.

Dia didapati ‘offside’ terlebih dahulu sebelum melakukan tandukan itu.

Penjaga gawang Qatar, Saad Alsheeb, tersadung kaki Valencia di kotak penalti, menghadiahkan peluang buat Ecuador mendahului pada minit ke-16.

Peluang kedua muncul apabila Valencia yang tidak diawasi dengan teliti, menunjukkan teknik hebat membongkok dan mengambil hantaran lintang Angelo Preciado, untuk menanduk melepasi Alsheeb.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan bermain dengan rentak perlahan, ketika ramai warga Qatar meninggalkan stadium sebelum tamat perlawanan, ketika penyokong Ecuador melaungkan “ole”.

Walaupun mengambil masa yang lama untuk berlatih, termasuk menerusi kem musim panas di Eropah, Qatar kelihatan tidak mampu menyaingi Ecuador.

Almoez Ali mempunyai peluang terbaik mereka pada penghujung separuh masa pertama, namun tandukannya tersasar.

Mohammed Muntari juga melepaskan Qatar pada minit-minit akhir.

Kedua-dua pasukan kini perlu menentang Senegal dan Belanda di peringkat kumpulan, dengan peluang Qatar untuk mengutip mata atau layak kelihatan tipis jika prestasi itu kekal. – Agensi

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023· Dunia
Piala Dunia: Croatia tempat ketiga
December 18, 2022· Dunia
Argentina ke final Piala Dunia
December 14, 2022· Dunia
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok