Putin umum Russia tawan Mariupol

April 21, 2022 · Dunia

Presiden Vladimir Putin mengumumkan tentera Russia telah menawan sepenuhnya bandar pelabuhan Mariupol hari ini, tatkala beliau mengarahkan askarnya untuk tidak melakukan serangan ke atas kilang besi dan keluli yang menjadi kubu terakhir askar Ukraine.

Bagaimanapun beliau mengarahkan askar Russia melakukan kepungan ketat kilang keluli Azovstal.

Tentera Russia telah mengebom bandar pelabuhan di tenggara Ukraine sejak awal konflik dan menyebabkannya kebanyakan yang tinggal adalah runtuhan.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Russia menganggarkan ribuan askar Ukraine bersembunyi di dalam terowong dan kubu di loji keluli yang luas itu, ketika tentera Russia menggempur tapak berkenaan dan berulang kali mengeluarkan kata dua mengarahkan mereka menyerah diri.

Ukraine bagaimanapun, menafikan seluruh Mariupol telah jatuh di tangan Russia.

Penawanan Mariupol menjadi kemenangan terbesar Kremlin dalam perang di Ukraine. Ia akan membantu Moscow mendapatkan lebih banyak pantai, melengkapkan jambatan darat antara Russia dan Semenanjung Crimea, yang dirampas Moscow pada 2014.

Ia juga akan membolehkan Putin mengalihkan lebih banyak kuasa ke pertempuran yang lebih besar untuk kawasan perindustrian di timur Ukraine. – Agensi

Berita berkaitan
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022· Dunia
AS umum bantuan keselamatan $270 juta kepada Ukraine
July 23, 2022· Dunia
Dewan Rakyat rakam ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa MH17
July 18, 2022· Isu semasa
Pesawat kargo Ukraine terhempas di Greece
July 17, 2022· Dunia
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
12 jam lalu · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok