Putin kata rundingan damai dengan Ukraine capai ‘jalan buntu’

Presiden Rusia Vladimir Putin menyifatkan rundingan damai dengan Ukraine tidak berhasil dan mencapai ‘jalan buntu’, memberi isyarat operasi ketenteraan akan diteruskan.

Putin sebaliknya mendakwa Kyiv mempunyai niat jahat, malah , berkata Ukraine menukar kedudukannya dalam beberapa perkara selepas perunding daripada kedua-dua pihak bertemu untuk rundingan damai di Turki pada 29 Mac.

Rundingan “mencapai penyelesaian buntu,” dan pertempuran “akan berterusan sehingga pengakhirannya,” kata pemimpin Rusia itu.

“Kami mencapai perjanjian di Istanbul dengan jaminan keselamatan untuk Ukraine… (perang) tidak akan merebak ke Crimea, Sevastopol, dan Donbas,” kata Putin semasa sidang akhbar.

“Kami bertindak mewujudkan syarat untuk meneruskan perbincangan. Sebaliknya, kami berdepan provokasi di Bucha, dan yang paling penting Ukraine menyimpang daripada perjanjian yang dipersetujui semasa di Istanbul.”

Putin turut mempertahankan operasi ketenteraan yang dilancarkan terhadap Ukraine sejak Mac itu.

Putin juga menegaskan kempen ketenteraan Rusia berjalan seperti yang dirancang dan yakin pasukannya akan mencapai kejayaan walaupun ditentang hebat tentera Ukraine.

Putin turut menafikan berhubung laporan kekejaman terhadap orang awam di pinggir bandar Kyiv Bucha sebagai “palsu” dan berkata tuduhan jenayah perang disifatkan dilihat sebagai langkah “provokasi.”

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga sudah mengundi untuk meluluskan usul diketuai Amerika Syarikat dengan menggantung Rusia daripada badan hak asasi manusia terkemuka pertubuhan dunia itu atas serangan tanpa provokasi ke atas Ukraine.

BERITA BERKAIT
POPULAR