Putin beri amaran kepada Finland, Sweden jika benarkan NATO masuk

May 17, 2022 · Dunia

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin berkata Moscow akan bertindak balas sekiranya Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menempatkan infrastruktur ketenteraan di wilayah Finland atau Sweden, lapor Xinhua.

“Perluasan infrastruktur ketenteraan ke wilayah ini pasti mencetuskan tindak balas kami, bergantung kepada bentuk ancaman terhadap Rusia. NATO dijadikan sebagai alat dasar luar oleh sebuah negara secara sangat agresif,” kata Putin pada sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif di Moscow dalam laporan Bernama.

Putin menegaskan keadaan itu akan mendatangkan kesan buruk ke atas keselamatan antarabangsa.

Finland dan Sweden telah mengumumkan keputusan memohon keanggotaan NATO.

Pada Ahad, presiden Finland dan jawatankuasa dasar luar kerajaan mengambil keputusan memulakan proses permohonan untuk menjadi anggota NATO.

Sementara itu, Perdana Menteri Sweden Magdalena Andersson pada Isnin turut mengumumkan keputusan negara itu memulakan proses permohonan menjadi anggota NATO.

Berita berkaitan
Himpunan bantah bakar Al-Quran, 10 individu sudah dirakam keterangan polis
February 2, 2023· Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023· Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
January 26, 2023· Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok