
Putera Charles.
Susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada Khamis, Putera Charles diangkat sebagai pengganti menjadi Raja British yang baharu serta-merta.
Untuk rekod, Charles iaitu Putera Wales, yang berusia 73 tahun adalah pewaris tertua dalam sejarah British.
Terdahulu, Istana Buckingham mengumumkan kemangkatannya Ratu Elizabeth II, raja paling lama dalam sejarah monarki British meninggal dunia di Balmoral, Scotland.
“Ratu meninggal dunia secara aman di Balmoral petang ini,” kata kenyataan Istana Buckingham.
Semua anak Ratu Elizabeth II – Charles, Puteri Anne, 72, Putera Andrew, 62, dan Putera Edward, 58, bergegas ke untuk berada di sisi Ratu Elizabeth II di Balmoral, Scotland.
Mereka turut disertai oleh anak lelaki Charles, Putera William dan Putera Harry.
Dua hari lalu, Ratu Elizabeth II melantik Liz Truss sebagai perdana menteri ke-15 dalam pemerintahannya dan dilihat tersenyum dalam gambar tetapi kelihatan lemah dan menggunakan tongkat.
Satu gambar pertemuan itu mencetuskan kebimbangan apabila terdapat kesan lebam ungu pekat di tangan kanan Ratu Elizabeth II.
Suaminya, Putera Philip, mangkat tahun lalu pada usia 99 tahun.