PRU Thailand 7 Mei 2023

September 22, 2022 · Dunia

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand pada Selasa mengumumkan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang boleh diadakan pada 7 Mei 2023, jika Dewan Rakyat melengkapkan tempoh penuh penggal empat tahun yang tamat pada Mac tahun depan.

SPR Thailand dalam satu kenyataan berkata calon pada pilihan raya umum akan datang boleh memulakan kempen mereka mulai 24 Sept, iaitu 180 hari sebelum penggal kerajaan berakhir, menurut Perlembagaan.

Di bawah Seksyen 102 Perlembagaan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 45 hari selepas tamat penggal Dewan pada 23 Mac.

Pendaftaran pencalonan dijangka diadakan dari 3 hingga 7 April dan senarai calon akan diumumkan pada 14 April.

SPR Thailand dijangka merangka peraturan dan garis panduan untuk pilihan raya umum akan datang.

Sekiranya Dewan dibubarkan sebelum 23 Mac, sebelum penggal penuh tamat, SPR akan mengadakan pilihan raya umum sekurang-kurangnya 45 hari selepas pembubaran dan tidak lebih daripada 60 hari selepas pembubaran, mengikut Seksyen 103 Perlembagaan.

Badan pilihan raya Thailand itu perlu mengumumkan tarikh pilihan raya dalam tempoh lima hari selepas pembubaran dewan. – Bernama

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Mesyuarat PBB tergempar diadakan bincang krisis Palestin-Israel
October 9, 2023
Ahli politik Kashmir ditahan India ditelanjang, digantung terbalik: Pakar PBB
June 3, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok