PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM

March 21, 2023 · Dunia

Thailand akan mengadakan pilihan raya kebangsaan pada 14 Mei, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Ittiporn Boonpracong memberitahu Reuters hari ini, sehari selepas Parlimen dibubarkan.

Pengumuman itu dibuat ketika parti-parti meningkatkan kempen untuk pilihan raya di seluruh negara yang akan menjadi pertempuran antara kumpulan konservatif pro-tentera, diketuai penyandang, Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha dari Parti Kebangsaan Thai.

Parti pembangkang terbesar Pheu Thai, yang diketuai oleh keluarga jutawan Shinawatra, memberi saingan terkuat, dengan anak perempuan bekas Perdana Menteri, Taksin Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, menjadi pilihan utama untuk kerusi Perdana Menteri.

“Sudah tiba masanya untuk bergerak ke hadapan ke arah pilihan raya,” kata Prayuth kepada pemberita awal hari ini, sambil menambah bahawa Kabinetnya masih mentadbir negara.

Pertaruhan meningkat untuk Prayuth yang mahu melanjutkan cengkaman lapan tahunnya dalam kuasa – pertama sebagai ketua rampasan kuasa pada 2014, dan kemudian sebagai ketua awam yang dipilih.

Pheu Thai dijangka mengadakan acara setiap hari di seluruh Thailand yang menampilkan anak perempuan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, Paetongtarn, yang telah mengungguli tinjauan pendapat sebagai calon yang berpotensi untuk menjadi perdana menteri.

Walaupun, pada tinjauan pendapat Institut Pentadbiran Pembangunan Negara bulan lalu menunjukkan Prayut adalah pilihan penduduk Islam di Selatan Thailand – Pattani, Yala dan Narathiwat – perkembangan terkini menunjukkan anak perempuan Thaksin menjadi pilihan utama.

Paetongtarn melebarkan kedudukannya sebagai pilihan utama pengundi untuk perdana menteri dalam tinjauan pendapat terkini.

Dalam edisi terbaharu tinjauan suku tahunan oleh institut berkenaan, Paetongtarn memperoleh 38.2 peratus sokongan daripada 2,000 pengundi yang disoal. Sokongan itu melonjak daripada 34 peratus dalam tinjauan pendapat sebelumnya yang dijalankan pada Disember.

Terdapat 400 kerusi untuk direbut serta 100 senarai parti yang diperuntukkan berdasarkan nisbah undi yang diterima setiap parti.

Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini berkata keputusan awal undian akan diketahui pada malam yang sama pilihan raya, tetapi jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata bulan lalu bahawa keputusan rasmi mungkin tidak diketahui sehingga awal Julai.

Berita berkaitan
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023· Dunia
Rogol dua anak, bapa dipenjara 36 tahun dan kena 20 sebatan
May 10, 2023· Isu semasa
Bekas isteri dalam kejadian tembak warga Malaysia di Betong ditahan
February 18, 2023· Dunia
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Elon Musk lawat Indonesia pada Nov bukan Malaysia selepas dijemput Jokowi
May 16, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
20 jam lalu · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023 · Dunia
Pakistan berdarah, internet disekat susulan protes jalanan
May 11, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
50 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok