Prosiding nahas MH17 ditembak jatuh akan disertai Malaysia

March 16, 2022 · Dunia

Malaysia akan mengambil bahagian dalam prosiding melalui Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selaras dengan Konvensyen Chicago susulan tindakan undang-undang bersama yang dimulakan oleh kerajaan Australia dan Belanda berikutan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh.

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini, kerajaan Malaysia mengulangi komitmennya terhadap proses kehakiman yang dijalankan secara telus di bawah undang-undang antarabangsa terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi MH17 pada 2014, lapor Bernama.

“Kerajaan Malaysia komited untuk menuntut keadilan bagi keluarga mangsa nahas termasuk 43 rakyat Malaysia yang menaiki pesawat itu,” menurut kenyataan tersebut.

Pesawat MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 apabila ia ditembak jatuh di utara Ukraine, mengorbankan 298 orang di dalam pesawat berkenaan.

Dilaporkan Australia dan Belanda telah memulakan tindakan undang-undang bersama terhadap Rusia melalui ICAO berikutan tragedi MH17 yang ditembak jatuh.

Tindakan undang-undang oleh kedua-dua negara tersebut difailkan menerusi ICAO di bawah Artikel 84 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa.

Justeru, Malaysia menggesa semua negara dan pihak yang terlibat memberi kerjasama sepenuhnya terhadap perbicaraan itu selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) 2166 (2014).

“Proses undang-undang yang menyeluruh mesti diteruskan dalam usaha mengheret pelaku jenayah tidak berperikemanusiaan ini ke muka pengadilan demi membela mangsa nahas MH17 dan keluarga mereka,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOT, Malaysia komited untuk memastikan proses perundangan berjalan dengan telus, boleh dipercayai dan konklusif.

“Pendekatan Malaysia kekal bahawa segala kesimpulan mestilah dibuat berdasarkan bukti kukuh,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023· Politik
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023· Isu semasa
Pengeluar jam nafi dakwaan jam dirampas ada tulisan LGBT
May 30, 2023· Isu semasa
Kes tembak sehingga maut, polis tahan dua lelaki bantu siasatan
May 25, 2023· Isu semasa
Popular
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok