Presiden, PM Sri Lanka dihalau

July 10, 2022 · Dunia

Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa akhirnya akan melepaskan kuasa selepas melarikan diri daripada penunjuk perasaan yang menyerbu Istana Presiden, memaksa beliau mengumumkan peletakan jawatannya.

Kejadian pada Sabtu adalah kemuncak protes antikerajaan selama berbulan-bulan yang didorong oleh krisis ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini sehingga memufliskan negara kepulauan Asia Selatan itu, dan kemarahan terhadap rasuah pemerintah Rajapaksa.

Ratusan ribu penunjuk perasaan berkumpul di ibu negara, Colombo, pada Sabtu untuk menuntut kerajaan bertanggungjawab untuk salah urus kewangan negara, menyebabkan kekurangan makanan dan bahan api.

Selepas memasuki Istana Presiden, sekumpulan penunjuk perasaan berjalan melalui bilik ke bilik.

Yang lain dilihat ketawa dan bersantai di bilik tidur mewah kediaman itu, dengan seorang menarik keluar apa yang didakwanya sebagai sepasang seluar dalam Rajapaksa.

Selepas melarikan diri, Rajapaksa menaiki kapal tentera laut di pelabuhan Colombo dan dibawa ke perairan selatan pulau itu, di mana beliau akhirnya berkata akan tunduk kepada tuntutan agar berundur.

“Untuk memastikan peralihan yang aman, presiden berkata beliau (Rajapaksa) akan berundur pada 13 Julai,” kata Speaker Parlimen Mahinda Abeywardana dalam satu kenyataan di televisyen.

Rajapaksa terpaksa dikeluarkan dari Istana Presiden oleh tentera yang melepaskan tembakan ke udara untuk menghalang orang ramai.

Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe, orang pertama dalam barisan untuk menggantikan Rajapaksa, mengadakan pertemuan dengan pemimpin politik dan berkata beliau bersedia berundur untuk membuka jalan kepada kerajaan perpaduan.

Tetapi usaha itu gagal menenangkan penunjuk perasaan, yang menyerbu kediaman peribadi perdana menteri dan membakarnya.

Rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan orang ramai bersorak dengan kebakaran, yang berlaku sejurus selepas anggota keselamatan yang mengawal Wickremesinghe menyerang beberapa wartawan di luar rumah.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran setakat ini, dan polis berkata Wickremesinghe dan keluarganya tiada pada masa itu. – Agensi

Berita berkaitan
CUEPACS kesal insiden pegawai imigresen ditengking, gesa PM campur tangan
August 4, 2022· Isu semasa
Nama anak saudara Dr Mahathir dipetik dalam perbicaraan rasuah Zahid
July 25, 2022· Politik
Gabenor jelaskan perbezaan Malaysia dengan Sri Lanka
July 24, 2022· Isu semasa
PM Itali letak jawatan, beri laluan pilihan raya awal
July 22, 2022· Dunia
Popular
Serangan bom, pembakaran di 17 tempat gegar Selatan Thailand
August 17, 2022
Lagi Dunia terkini
Serangan bom, pembakaran di 17 tempat gegar Selatan Thailand
19 jam lalu · Dunia
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022 · Dunia
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
August 16, 2022 · Dunia
MH17: Mahkamah Belanda buat keputusan 17 November
August 15, 2022 · Dunia
Trafik penumpang SIA cecah 2 juta kali pertama sejak wabak Covid
August 15, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok