Presiden Perancis kena telur pula

Presiden Perancis Emmanuel Macron dilempar dengan telur ketika mengambil bahagian dalam satu acara makanan di Lyon pada hari Isnin, lapor media tempatan.

Telur itu mengenai bahu Macron tetapi hanya pecah apabila jatuh di lantai. Kejadian berlaku tepat di depan saya, kata wartawan Lyon Mag, Florence Lago. Penerbitan itu turut berkongsi klip video kejadian di pameran makanan SIRHA dalam akaun Twitternya.

Klip video itu menunjukkan telur berkenaan mengenai bahu Macron tetapi tidak pecah, sebelum kamera dialihkan kepada tindakan pengawal keselamatan menangkap seorang lelaki.

Tujuan tindakan lelaki terbabit belum dapat dipastikan. Lago mengatakan dia melihat seorang pemuda membaling telur tetapi dia tidak mendengarnya menjerit apa-apa. Dia berkata pegawai keselamatan segera menangkap lelaki terbabit.

Melalui Euronews, Macron memberikan reaksi berani terhadap kejadian itu.

“Jika seseorang itu ada sesuatu yang ingin disampaikan, biarkan dia bertindak demikian,” jelas Macron.

Pada Jun lalu, Macron turut ditampar seorang lelaki ketika melawat wilayah Drome di tenggara Perancis, di mana beliau bertemu pengusaha restoran dan pelajar dan berbual mengenai kehidupan selepas pandemik Covid-19.

alam video yang tular di media sosial, Macron yang kelihatan berbaju putih dan memakai pelitup muka berjalan ke aras sekumpulan individu yang berada di belakang penghadang.

Presiden Perancis itu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan seorang lelaki yang memakai baju-T hijau, berkaca mata dan memakai pelitup muka.

Lelaki itu kedengaran menjerit ‘Down with Macronia’ dalam bahasa Perancis, sebelum menampar Macron, sebelum dua pengawal keselamatan Presiden menangkapnya. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR