Presiden AS terima dos penggalak

September 28, 2021 · Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 untuk memberi lebih keyakinan kepada rakyat AS tentang keperluan mendapatkan suntikan tambahan.

“Dos penggalak sangat penting, tetapi ada perkara yang lebih utama adalah untuk memastikan lebih ramai individu mengambil vaksin,” katanya.

Menurutnya, lebih kurang 23 peratus rakyat AS masih belum mendapatkan suntikan vaksin.

Minggu lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bersetuju pemberian dos tambahan vaksin Pfizer-BioNTech kepada invidu berumur 65 tahun ke atas, individu dewasa dalam keadaan kesihatan tertentu dan yang bekerja dalam sektor berisiko tinggi.

Biden yang berumur 78 tahun memaklumkan isterinya, Jill juga akan menerima dos penggalak dalam tempoh terdekat.

Selain itu, Biden menepis kritikan bahawa AS perlu memberikan lebih banyak vaksin kepada negara di seluruh dunia yang memerlukan terlebih dahulu, sebelum memberikan suntikan dos penggalak di negaranya.

Jelasnya, AS akan terus membantu dan akan pastikan lebih banyak bantuan serta kerjasama kepada negara lain. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok