Presiden Argentina positif Covid-19 walaupun terima vaksin

April 3, 2021 · Dunia

Presiden Argentina Alberto Fernandez dilaporkan sah positif dijangkiti virus Covid-19, menurut laporan agensi.

Ujian yang dijalankan terhadap Fernandez mendapati positif Covid-19 selepas mengadu demam dan mengalami simptom sakit kepala.

“Ujian antigen yang saya lakukan hari ini setelah suhu demam badan saya mencatatkan 37.3 dan terasa sakit kepala. Ternyata saya positif,” kata Fernandez dalam akaun Twitternya.

Beliau memberitahu sudah menjalani kuarantin di rumahnya sebelum menerima keputusan ujian Covid-19 tersebut dan sudah memaklumkan mereka yang menjadi kontak rapat dengan beliau sepanjang tempoh 48 jam lalu.

Fernandez berkata kesihatannya berada dalam keadaan baik dan sedang menerima rawatan rapi.

Presiden berusia 62 tahun itu menerima dos pertama vaksin Sputnik V COVID-19 dari Russia pada 21 Januari lalu.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
June 30, 2022
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
June 29, 2022
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
June 29, 2022
Lagi Dunia terkini
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
15 jam lalu · Dunia
‘Bongbong’ angkat sumpah presiden, era baharu pemerintahan Marcos
18 jam lalu · Dunia
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
June 29, 2022 · Dunia
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
June 29, 2022 · Dunia
China siasatan tarian ghairah dalam kereta api
June 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
7 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok