Presiden Afrika Selatan positif Covid-19

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa disahkan positif Covid-19 dan hanya mengalami gejala ringan.

Menerusi kenyataan Pejabat Presiden memaklumkan Ramaphosa kini sedang menerima rawatan.

Ramaphosa sudah lengkap divaksin dilaporkan mula berasa tidak sihat selepas menghadiri majlis peringatan bekas presiden FW de Klerk di Cape Town.

Melalui kenyataan itu, Ramaphosa kini dalam keadaan baik dan sedang dipantau rapi oleh doktor.

“Buat masa sekarang, Ramaphosa akan kekal berada dalam pengasingan kendiri di Cape Town.

“Segala urusan dan tugasan beliau sudah diserahkan kepada Timbalan Presiden, David Mabuza sehingga minggu depan,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, Ramaphosa dan semua delegasinya di arah melakukan ujian saringan Covid-19 semasa lawatan ke empat negara Afrika Barat itu.

“Presiden dan semua delegasinya kembali ke Afrika Selatan dari Senegal pada 8 Disember lalu selepas ujian saringan Covid-19 disahkan negatif.

“Ujian saringan awal presiden juga menunjukkan negatif apabila beliau kembali ke Johannesburg pada 8 Disember lalu,” jelas kenyataan tersebut.

Dengan itu, Ramaphosa mengingatkan orang ramai jangkitan Covid-19 pada dirinya memberi amaran kepada seluruh rakyatnya mengenai kepentingan mengambil vaksin dan sentiasa berhati-hati dengan penularan virus ini.

Sebelum ini, varian baharu Omicron dikesan pertama kali di Benua itu pada bulan lalu dan mencetuskan keadaan panik kepada populasi dunia kerana varian ini lebih pantas menular berbanding varian lain.

BERITA BERKAIT
POPULAR