Polis Swiss temui mayat anak lelaki Gabenor Indonesia

June 10, 2022 · Dunia

Polis Switzerland mengumumkan penemuan mayat anak lelaki sulung Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil, yang dilapor dihanyutkan arus sungai pada 26 Mei.

Mayat Emmeril Khan Mumtadz, 22, ditemukan dalam zon limpahan empangan Engehalde di Bern pada 6.50 pagi, 8 Jun, menurut laporan Bernama.

Hasil bedah siasat mengesahkan identiti dan punca kematiannya lemas, kata Duta Besar Indonesia ke Switzerland Muliaman D. Hadad dalam satu sidang media secara langsung.

Emmeril dipercayai dihanyutkan arus sungai secara tiba-tiba semasa berenang pada waktu pagi di Sungai Aare,manakala kakak dan rakannya diselamatkan oleh perenang lain.

Mayat Emmeril ditemui pihak berkuasa pada hari ke 12 usaha mencari dan menyelamat. Mangsa dikatakan berada di ibu negara Switzerland itu untuk mengikuti program ijazah sarjana.

Berita berkaitan
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
18 jam lalu· Dunia
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022· Isu semasa
Singapura import ayam dari Indonesia, tambah sumber baharu makanan
July 1, 2022· Dunia
Pemuda UMNO minta PM batalkan lantikan Tajuddin sebagai Duta
June 29, 2022· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
13 jam lalu · Dunia
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
July 2, 2022 · Dunia
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
July 2, 2022 · Dunia
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022 · Dunia
Kes Covid-19 meningkat hampir di seluruh dunia: WHO
July 1, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok