Polis Singapura siasat peguam Malaysia kerana hina mahkamah

July 10, 2022 · Dunia

Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini mengesahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengeluarkan perintah untuk menyiasat peguam Malaysia Zaid Abd Malek, atas dakwaan menghina mahkamah.

SPF memaklumkan perkara itu dalam jawapannya kepada pertanyaan Bernama mengenai kenyataan disiarkan di Facebook Zaid pada 7 Julai 2022 berhubung “penahanannya di Lapangan Terbang Singapura oleh Pihak Berkuasa Imigresen dan soal siasat Polis Singapura dari 4 hingga 6 Julai 2022”, menurut laporan Bernama.

Perintah itu dikeluarkan 17 Mac 2020, berhubung penerbitan artikel pada 14 Feb 2020, mengenai penolakan saman difailkan rakyat Malaysia yang disabitkan bersalah mengedar dadah, A Gobi dan K Datchinamurthy, berhubung kaedah pelaksanaan hukuman yang didakwa diamalkan penjara pihak berkuasa.

Artikel itu merujuk kepada kenyataan dibuat Zaid atas kapasitinya sebagai pengarah pertubuhan bukan kerajaan, Lawyers for Liberty (LFL).

Menurut SPF, Zaid dalam beberapa kenyataannya telah menyatakan Mahkamah Singapura tidak berlaku adil dan mengabaikan proses yang sepatutnya dengan tergesa-gesa mengadakan perbicaraan dan Mahkamah Singapura “berhasrat menolak saman dan meneruskan pelaksanaan hukuman”.

“Kenyataan itu disiarkan dalam talian dan diakses orang awam di Singapura,” katanya, sambil menambah Zaid berada di luar negara semasa perintah itu dikeluarkan pada 2020, dan belum ke Singapura sehingga ketibaannya pada Isnin (4 Julai 2022) .

Zaid menyatakan beliau tiba di Lapangan Terbang Seletar pada 12.15 tengah hari bagi membantu dan memberikan nasihat undang-undang kepada keluarga banduan Kalwant Singh, yang dihukum mati pada Khamis.

Bagaimanapun, beliau tidak diberikan pelepasan imigresen seperti biasa dan sebaliknya diberitahu untuk menunggu sehingga dua pegawai tiba empat jam kemudian di lapangan terbang itu yang menyampaikan arahan kepada Zaid untuk menghadiri soal siasat Polis berkaitan dengan siasatan di bawah Akta Pentadbiran Keadilan (Perlindungan) 2016 (AOJPA).

Menurut SPF, Zaid memaklumkan kepada mereka beliau bersedia untuk disoal siasat pada 6 Julai 2022 dan pegawai kemudiannya menetapkan soal siasat dengannya di Kompleks Kantonmen Polis.

“Selepas itu, Zaid dibenar meninggalkan lapangan terbang,” menurut SPF.

Zaid menghadiri soal siasat di Kompleks Kantonmen Polis pada tarikh ditetapkan untuk membantu siasatan berkaitan kesalahan AOJPA.

Sebelum soal siasat bermula dari 10.17 pagi hingga kira-kira 12.05 tengah hari, Zaid dimaklumkan beliau boleh meminta rehat pada bila-bila masa tetapi tidak berbuat demikian sepanjang sesi itu.

Polis maklum bahawa Zaid meninggalkan kompleks berkenaan sejurus selepas selesai memberi keterangan.

Selepas selesai soal siasat pada hari yang sama, menurut SPF dalam rundingan dengan AGC, ia mengeluarkan amaran bersyarat 24 bulan kepada Zaid dan LFL sebagai ganti pendakwaan bagi kesalahan menghina mahkamah di bawah Seksyen 3(1)(a) AOJPA pada 6 Julai 2022, sebelum berlepas pulang pada hari berikutnya.

“Zaid menerima kedua-dua amaran yang diberikan kepadanya dan LFL atas kapasitinya sebagai Pengarah LFL.

“Zaid tiba di Kompleks Kantonmen Polis untuk menerima amaran itu pada 6 Julai 2022 kira-kira 8.48 malam dan meninggalkan bangunan itu kira-kira 9.20 malam,” kata SPF.

Di bawah Seksyen 11 AOJPA, penerbitan berhubung penghinaan mahkamah, jika disiarkan melalui Internet atau media elektronik lain, dianggap diterbitkan di Singapura jika ia diakses oleh orang awam di Singapura.

Zaid dalam kenyataannya berkata beliau “ditahan dan disiasat berhubung kenyataan yang dikeluarkan di Malaysia, dan bukan di Singapura.”

Berita berkaitan
Tunggu dasar dan garis panduan KDN berhubung kebenaran jual bunga api, mercun
February 4, 2023· Isu semasa
Himpunan bantah bakar Al-Quran, 10 individu sudah dirakam keterangan polis
February 2, 2023· Isu semasa
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023· Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas Presiden Pakistan meninggal
February 5, 2023
China lancar modul kedua stesen angkasa lepas
July 24, 2022
Komander Al-Qassam Gaza terbunuh sudah lama tunggu syahid
May 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Bekas Presiden Pakistan meninggal
11 jam lalu · Dunia
Tiga tahun berlalu tapi Covid-19 masih kekal kecemasan global
January 31, 2023 · Dunia
Timbalan Presiden, bekas Presiden Paraguay dikenakan sekatan AS akibat rasuah
January 27, 2023 · Dunia
Tahun baharu bawa gelombang pembunuhan mengerikan di AS
January 25, 2023 · Dunia
Lagi kejadian tembakan di AS: Tujuh pekerja ladang Asia dibunuh
January 24, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok