Polis New York tangkap suspek tembak di stesen keretapi bawah tanah

April 14, 2022 · Dunia

Seorang suspek lelaki disyaki bertindak melepaskan tembakan di dalam kereta api bawah tanah di Brooklyn, New York sudah ditahan pihak berkuasa.

Polis bandar New York berjaya mengesan dan menangkap Frank R. James, individu yang disyaki melepaskan lebih 30 das tembakan dalam stesen kereta api bawah tanah yang sesak pada Selasa baru-baru ini.

Suspek berdepan pertuduhan keganasan kerana mengancam nyawa orang awam, jika disabitkan kesalahan akan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, kata pendakwa.

James, 62, ditahan di Timur Manhattan pada Rabu, kira-kira 30 jam selepas insiden tembakan yang berlaku di 36th Street, Brooklyn.

Walaupun tiada mangsa yang terbunuh, namun 10 orang dimasukkan ke hospital selepas cedera terkena tembakan, manakala 19 orang awam lagi mengalami kecederaan lain.

Penyerang melepaskan tembakan sekurang-kurangnya 33 kali dan membaling bom tangan asap di dalam kereta api yang sesak itu.

Saksi tembakan menyifatkan lelaki bersenjata itu sebagai seorang lelaki rendah, berkulit gelap dan memakai jaket pembinaan hijau dan baju kelabu.

Van itu dikesan di hadapan sebuah bangunan pangsapuri di West 3rd Street tidak jauh dari rangkaian pusat beli-belah Kings Highway di kejiranan Gravesend, kata pegawai kanan penguat kuasa undang-undang.

Pegawai itu juga berkata bahawa pistol telah ditemui di dalam stesen kereta api bawah tanah.

Pihak berkuasa belum mengeluarkan nama suspek, mahupun motif serangan itu. Tetapi seorang lagi pegawai tinggi polis berkata bahawa serangan itu dilihat telah dirancang dan tidak menunjukkan tanda-tanda berpunca daripada sesuatu yang spontan seperti pertikaian di dalam kereta api. – Agensi

Berita berkaitan
Kemalangan keretapi ERT langgar 14 ekor lembu, semua mangsa terselamat
November 3, 2023· Isu semasa
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Samakan diri dengan Mandela, Sanusi kata ‘kepala lutut hang’ kepada Anwar
October 7, 2023· Politik
TMJ kongsi cerita saat insiden tembakan berlaku di Bangkok
October 4, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok