Polis Melbourne, penunjuk perasaan bertempur

September 21, 2021 · Dunia

Polis Melbourne menggunakan penyembur lada dan pelet getah untuk menyuraikan ribuan penunjuk perasaan yang bertindak ganas merosakkan harta benda, menyekat jalan raya yang sibuk dan mencederakan tiga pegawai, menyebabkan lebih 40 tangkapan dilakukan, hari ini.

Ia adalah hari kedua demonstrasi di bandar raya yang dikenakan perintah penutupan susulan langkah pihak berkuasa menutup tapak pembinaan selama dua minggu dengan mengatakan pergerakan pekerja terbabit menyebabkan penularan wabak Covid-19.

Semalam, sekumpulan tunjuk perasaan antivaksin turut mengadakan demonstrasi yang bertukar ganas dan bertempur dengan polis.

Kerajaan Victoria sebelum ini mewajibkan semua pekerja tapak pembinaan untuk mengambil sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin sebelum hujung bulan ini.

“Pasukan Kesihatan Awam tiada pilihan lain selain mendesak pekerja tapak pembinaan untuk mendapatkan vaksin dalam tempoh dua minggu ini, bagi memberi kelonggaran kepada mereka untuk terus bekerja,” kata Menteri Kesihatan Negeri, Martin Foley.

Penutupan sementara tapak pembinaan memburukkan lagi aktiviti ekonomi di negara itu kerana terdapat sebahagian pendapat pakar ekonomi meramalkan tindakan jangka panjang mungkin mendorong kejatuhan ekonomi Australia yang bernilai hampir A$2 trilion (AS$1.96 trilion) ke fasa kemelesetan kedua dalam tempoh beberapa tahun ini.

Australia telah melaksanakan penutupan di Sydney dan Melbourne, ibu kota Canberra dan bandar-bandar besarnya untuk menghentikan penularan varian Delta yang semakin mengganas.

Namun, sekatan ketat itu telah mencetuskan protes antipenutupan dengan pihak polis sudah menahan beratus-ratus penunjuk perasaan di kedua-dua bandar itu sejak hujung minggu lalu.

Sehingga hari ini, 603 kes baharu telah dikesan di Victoria, memperlihatkan kenaikan dalam tempoh 24 jam melepasi paras tertinggi semalam, sebanyak 567 kes dan satu kematian baharu dilaporkan.

Sementara itu, pihak berkuasa mula melonggarkan beberapa sekatan ketat terhadap perhimpunan dan latihan di luar, di Sydney dan Melbourne kerana kadar vaksinasi di wilayah itu sudah meningkat, selain lebih banyak kelonggaran yang akan dilaksanakan sekiranya tahap vaksinasi sepenuhnya populasi dewasa di negara itu mencapai 70 hingga 80 peratus.

Setakat ini, hampir 53 peratus penduduk di New South Wales dan 44 peratus penduduk di Victoria telah divaksin sepenuhnya.

New South Wales hari ini melaporkan 1,022 kes baharu meningkat berbanding semalam sebanyak 935 kes dan 10 kematian baharu dilaporkan, di mana majoriti jangkitan tertumpu di Sydney. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok