Polis India tembak mati dua penunjuk perasaan bantah komen hina Nabi

June 11, 2022 · Dunia

Polis India menembak mati dua penunjuk perasaan dan menahan lebih 130 yang lain semasa perhimpunan jalanan yang dicetuskan oleh kenyataan seorang pegawai parti pemerintah tentang Nabi Muhammad SAW, kata pihak berkuasa kepada AFP hari ini (11 Jun 2022).

Terdapat bantahan yang meluas di dunia Islam sejak minggu lalu apabila seorang jurucakap parti Perdana Menteri Narendra Modi mengulas mengenai hubungan antara nabi dan isterinya Aishah dalam satu rancangan debat di televisyen.

Di India dan negara jiran, umat Islam turun ke jalan dalam jumlah besar selepas solat Jumaat, semalam, untuk mengutuk kenyataan itu, dengan polis menembak ke arah orang ramai di bandar Ranchi di timur India.

“Polis terpaksa melepaskan tembakan untuk menyuraikan penunjuk perasaan… mengakibatkan dua maut,” kata seorang pegawai polis di Ranchi kepada AFP.

Pegawai berkata orang ramai mengingkari arahan mereka untuk tidak berarak dari masjid ke pasar dan telah membaling botol dan batu apabila polis cuba menyuraikan perhimpuna.

Pihak berkuasa memutuskan rangkaian internet di bandar itu dan mengenakan perintah berkurung, dengan penduduk tempatan Shabnam Ara memberitahu AFP suasana kekal tegang pada Sabtu.

“Kami berdoa untuk keamanan dan keharmonian,” katanya.

Polis di Uttar Pradesh pula melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan sekurang-kurangnya satu perhimpunan selepas beberapa tunjuk perasaan diadakan di seluruh negeri di utara India itu.

Kebanyakan protes berakhir dengan aman, tetapi di beberapa bandar peserta perhimpunan membaling batu ke arah polis dan mencederakan sekurang-kurangnya seorang pegawai, kata Avanish Awasthi, setiausaha kanan kerajaan Uttar Pradesh.

“Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan melontar batu dan keganasan,” kata Awasthi kepada pemberita.

“Mereka yang bekerja di belakang tabir, menghasut keganasan, tidak akan terlepas sama sekali.”

Prashant Kumar, seorang pegawai kanan polis di negeri itu, memberitahu AFP seramai “136 orang yang membantah salah laku” telah ditangkap di enam daerah sekitar Uttar Pradesh.

Bandar-bandar di sekitar India menyaksikan tunjuk perasaan yang besar pada Jumaat, dengan beberapa orang membakar patung Nupur Sharma – jurucakap Parti Bharatiya Janata (BJP) yang membuat kenyataan hingga mencetuskan kekecohan.

Kenyataan Sharma juga mencetuskan ribut diplomatik antara India dan negara-negara Islam, termasuk Malaysia dan Negara-Negara Teluk, dengan kerajaan hampir 20 negara memanggil diplomat India bagi mendapatkan penjelasan.

Sejak berkuasa pada 2014, kerajaan Modi dan BJP telah dituduh memperjuangkan dasar diskriminasi terhadap penganut agama Islam.

Berita berkaitan
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
11 jam lalu· Isu semasa
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Peguam Bangladesh dituduh hina Nabi Muhammad
June 16, 2022· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
14 jam lalu · Dunia
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
20 jam lalu · Dunia
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
July 2, 2022 · Dunia
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
July 2, 2022 · Dunia
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok