Polis buru lelaki tembak 10 penumpang kereta api bawah tanah

April 13, 2022 · Dunia

Lima batu dari tempat seorang lelaki melepaskan tembakan di dalam kereta api bawah tanah di Brooklyn, New York dan menembak 10 orang ketika waktu puncak sebelah pagi, polis menemui sebuah van U-Haul yang disewa lewat petang Selasa yang mereka percaya dipandu oleh lelaki bersenjata itu.

Tetapi van itu kosong, kata pegawai penguat kuasa, dan penembak itu masih bebas, tatkala ejen daripada pelbagai agensi penguat kuasa undang-undang tempatan, negeri dan Persekutuan sedang memburunya, lebih lapan jam selepas dia memakai topeng gas di dalam kereta api N yang sesak, mengeluarkan kanister asap dan mula menembak.

Sekurang-kurangnya 16 orang cedera, 10 daripadanya terkena tembakan, di dalam kereta api dan di platform di stesen 36th Street yang sibuk di kawasan kejiranan Sunset Park, di mana tiga laluan kereta api bawah tanah bertemu.

Jabatan Bomba berkata, lima mangsa berada dalam keadaan kritikal, namun tiada seorang pun dipercayai mengalami kecederaan yang meragut nyawa.

Kejadian tembakan itu, sejurus sebelum 8.30 pagi, mencetuskan panik dan huru-hara di dalam kereta api, di stesen dan jalan-jalan di sekelilingnya dan menyebabkan sekolah di sekitarnya terpaksa dikawal lebih ketat, berlarutan sepanjang hari.

Kejadian berlaku kerana New York bergelut untuk menghadapi peningkatan dalam kejadian tembakan di seluruh kota raya itu serta pertambahan kes jenayah membabitkan kereta api bawah tanah yang telah menakutkan penumpang daripada kembali ke sistem transit.

Datuk Bandar Eric Adams berkata pencarian lelaki bersenjata itu terhalang oleh fakta bahawa sekurang-kurangnya satu kamera keselamatan di stesen kereta api bawah tanah 36th Street yang mungkin merakam tempat kejadian tidak berfungsi ketika itu.

“Terdapat kepincangan fungsi dengan sistem kamera di stesen tertentu,” Adams memberitahu radio WCBS 880.

Saksi tembakan menyifatkan lelaki bersenjata itu sebagai seorang lelaki rendah, berkulit gelap dan memakai jaket pembinaan hijau dan baju kelabu.

Van itu dikesan di hadapan sebuah bangunan pangsapuri di West 3rd Street tidak jauh dari rangkaian pusat beli-belah Kings Highway di kejiranan Gravesend, kata pegawai kanan penguat kuasa undang-undang.

Pegawai itu juga berkata bahawa pistol telah ditemui di dalam stesen kereta api bawah tanah.

Pihak berkuasa belum mengeluarkan nama suspek, mahupun motif serangan itu. Tetapi seorang lagi pegawai tinggi polis berkata bahawa serangan itu dilihat telah dirancang dan tidak menunjukkan tanda-tanda berpunca daripada sesuatu yang spontan seperti pertikaian di dalam kereta api. – Agensi

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok