Polis bongkar penipuan calitan hidung Covid-19 diguna semula

May 2, 2021 · Dunia

Ideanya mudah – Mengapa membuang kit ujian segera antigen yang digunakan untuk Covid-19 sekiranya ia boleh digunakan berulang kali?

Namun, penipuan itu terbongkar minggu ini apabila lima kakitangan makmal ditangkap oleh polis Medan, Indonesia atau tuduhan menggunakan semula 20,000 putik kapas untuk calitan dalam hidung.

Pihak berkuasa Medan juga berkata mereka turut menyiasat sama ada terdapat individu yang dijangkiti Covid-19 selepas ujian menggunakan alat tercemar itu di lapangan terbang yang dikendalikan Kimia Farma, firma hak milik kerajaan.

Mereka juga turut menyiasat berapa ramai individu yang diuji menggunakan sisa tercemar itu sebelum menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu di Medan – salah sebuah lapangan terbang paling sibuk di Indonesia.

Pihak polis juga mengumumkan mereka akan melakukan pemeriksaan rambang di makmal di seluruh Indonesia bagi memastikan penipuan seperti itu tidak berlaku.

Menteri yang bertanggungjawab mengawasi syarikat hak milik kerajaan, Erick Thohir berkata pihaknya tidak akan bertoleransi dengan perbuatan tidak bertanggungjawab kakitangan terbabit.

“Sebarang perbuatan seperti itu mesti dikenakan hukuman yang berat,” katanya.

Kelima-lima kakitangan terbabit dipercayai mengaut untung RM8,232 sehari sejak pertengahan Disember tahun lalu dengan mengenakan caj kepada individu yang menjalani ujian Covid-19.

Mereka bakal berdepan hukuman penjara hingga enam tahun kerana melanggar hak perlindungan pengguna, sisa perubatan dan undang-undang penyakit berjangkit.

Kakitangan makmal terbabit menjalankan ujian menggunakan putik kapas baharu kepada kira-kira 100 orang sehari dan kira-kira 150 individu lain menggunakan putik kapas yang sudah digunakan sepanjang tempoh itu.

Ketua Polis Sumatera Utara, Hadi Wahyudi berkata, anggota polis yang menerima maklumat kegiatan itu menyamar dan menjalani ujian berkenaan sebelum mendapati keputusannya adalah positif.

“Anggota polis berkenaan pulang ke balai dan melakukan ujian semula. Keputusannya adalah negatif,” katanya.

Beliau berkata, polis melakukan serbuan ke atas makmal berkenaan serta menahan lima kakitangannya, selain merampas ratusan sisa putik kapas yang telah dugunakan.

“Polis turut merampas wang tunai RM41,164 dan komputer riba yang diguna untuk menyediakan keputusan ujian orang ramai,” katanya.

Indonesia, negara ke empat paling ramai penduduk dunia, melaporkan hampir 1.7 juta kes Covid-19 dan lebih 45,000 kematian sejak pandemik itu menular pada Mac tahun lalu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok