Polis Australia sekat pengangkutan awam masuk Sydney, elak demonstrasi

August 21, 2021 · Dunia

Polis Australia hari ini menyekat pengangkutan awam daripada masuk ke pusat bandar raya Sydney bagi menghalang demonstrasi yang dirancang pihak yang menentang perintah sekatan, ketika negara itu sedang bergelut menangani peningkatan kes Covid-19 yang semakin memuncak setiap hari.

Hari ini terdapat 886 kes baharu yang dilaporkan di New South Wales dan Victoria dengan sebahagian besar kes dikesan di Sydney yang kini menjadi pusat penyebaran varian Delta di Australia.

Lebih dari 1,500 pengawai polis telah dikerah untuk mengawasi jalan raya di sekitar Sydney, dengan kereta api tidak dibenarkan berhenti di stesen di pusat bandar utama untuk menghalang tunjuk perasaan.

Media Australia melaporkan demonstrasi yang sama turut dirancang di Melbourne hari ini ketika Perdana Menteri Victoria, Daniel Andrews mengumumkan langkah memperketatkan perintah sekatan yang dikenakan di bandar itu diperluaskan ke seluruh negeri setelah kes Covid-19 meningkat.

Andrews berkata, terdapat 39 kes baharu di Victoria yang dilaporkan hari ini yang mencetuskan kebimbangan jumlah itu bakal meningkat jika tindakan segera tidak diambil

Katanya daripada jumlah itu, 18 pesakit sedang dirawat di hospital, dengan lapan daripadanya dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan enam memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu Menteri Kesihatan New South Wales, Brad Hazzard berkata situasi semasa jangkitan Covid-19 di negeri itu sudah berada pada tahap yang serius.

“Sekarang bukanlah masa untuk pentingkan diri sendiri, kita harus memikirkan kebajikan masyarakat dan ahli keluarga kita terlebih dahulu,” katanya.

Sydney ialah sebuah bandar yang memiliki lebih 5 juta penduduknya telah melaksanakan perintah penutupan dan sekatan sejak beberapa minggu lalu, namun gagal menghalang penularan wabak Covid-19 didorong penularan varian Delta.

Pengawai New South Wales hari ini turut melaporkan terdapat tiga kematian dan 516 pesakit yang masih di rawat di hospital.

Katanya, daripada jumlah itu, 85 pesakit yang masih menerima rawatan di ICU dan 76 daripadanya belum divaksin. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Enam kanak-kanak antara 24 maut keganasan terbaharu rejim Zionis
August 7, 2022 · Dunia
1,000 terperangkap dalam banjir di lembah kering Death Valley
August 6, 2022 · Dunia
2022 tahun paling kering, panas dalam sejarah Itali
August 5, 2022 · Dunia
AS isytihar cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam
August 5, 2022 · Dunia
Singapura tak setuju kelonggaran LGBT seperti disaran Pelosi
August 5, 2022 · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
2 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok