PM tiba pada Mesyuarat Khas Asean di Jakarta bincang isu Myanmar

April 24, 2021 · Dunia

Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Jakarta hari ini dalam misi penting bersama rakan negara jiran lain bagi membincangkan mengenai krisis di Myanmar dalam Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN yang akan berlangsung pada hari ini juga.

Perdana Menteri yang menaiki pesawat khas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, di Jakarta pada 8 pagi (waktu tempatan), menurut laporan Bernama.

Beliau disambut oleh Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN Kamsiah Kamaruddin dan Ketua Direktur Protokol dan Konsular Kementerian Luar Indonesia/Ketua Protokol Negara Andy Rachmianto.

Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN yang diadakan di Sekretariat ASEAN di Jakarta ini akan membincangkan krisis di Myanmar dan akan mematuhi protokol kesihatan dan keselamatan yang ketat ketika pandemik COVID-19 masih menular.

Justeru, penyertaan perserta dalam mesyuarat itu akan dihadkan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sekretariat ASEAN, Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN itu akan mematuhi protokol kesihatan dan keselamatan yang ketat yang ditetapkan oleh kerajaan Indonesia.

Rancangan untuk mengadakan mesyuarat khas ASEAN bagi membincangkan krisis di Myanmar itu telah berlangsung sejak beberapa minggu, diketuai oleh Indonesia dan Menteri Luarnnya Retno Marsudi.

Desakan politik Indonesia ini turut mendapat sokongan Malaysia, Brunei, dan Singapura.

Myanmar dilanda pergolakan politik sejak Jeneral Tentera Min Aung Hlaing menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi pada 1 Feb lepas yang menyaksikan 700 penunjuk perasaan antirampasan kuasa terbunuh.

Sementara itu, Menteri Luar Indonesia dilaporkan berkata hanya pemimpin dari Thailand, Laos dan Filipina tidak akan menghadiri mesyuarat khas itu hari ini.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Anwar tiba di Riyadh hadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-GCC
October 20, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok