PM Sweden letak jawatan setelah tujuh jam dilantik

November 25, 2021 · Dunia

Perdana Menteri wanita pertama Sweden, Magdalena Andersson semalam meletak jawatan yang disandangnya selepas beberapa jam dilantik, sekali gus meletakkan politik di negara itu semakin kucar-kacir.

Beliau membuat keputusan mengejutkan itu selepas belanjawan tahunan yang dibentangkannya tidak diluluskan di Parlimen dan salah satu parti di bawah kerajaan campuran, Greens Party, sudah meninggalkan gabungan tersebut.

Andersson yang merupakan anggota Demokrat Sosial, memberitahu amalan Perlembagaan melibatkan kerajaan campuran harus dibubarkan apabila satu parti menarik sokongan, selain tidak mahu memimpin kerajaan yang mana keabsahannya itu akan dipersoal.

Andersson turut berharap untuk dilantik semula ke jawatan itu tidak lama lagi kerana ketua kerajaan minoriti hanya akan terdiri daripada parti Demokrat Sosial.

Rantaian daripada beberapa isu, Andersson merupakan wanita pertama dilantik sebagai Perdana Menteri Sweden selepas mendapat perjanjian saat akhir dengan Left Party bagi menaikkan pencen untuk pertukaran sokongan dalam undian semalam.

Bagaimanapun, Centre Party yang kecil kemudiannya menarik balik sokongan terhadap perbentangan belanjawan Andersson, kerana konsesi dibuat kepada Left Party, mengakibatkan cadangan bajetnya gagal meraih undi mencukupi untuk diluluskan di Parlimen.

Sebaliknya, Parlimen mengguna pakai belanjawan alternatif yang dibentangkan oleh pembangkang konservatif dan moderat, Kristian Demokrat dan Demokrat Sweden berhaluan kanan.

Sementara itu, pemimpin Greens Party, Per Bolund memaklumkan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan ‘belanjawan bersejarah parti pembangkang yang pertama kalinya digubal bersama sayap kanan’ dan bertindak keluar daripada kerajaan.

Bolund turut mendakwa pemotongan cukai juga dirancang oleh pembangkang ke atas petrol dan hal itu akan membawa kepada isu perlepasan karbon yang lebih tinggi.

Speaker Parlimen, Andreas Norlen turut menjelaskan beliau menerima perletakan jawatan Andersson dan akan menghubungi pemimpin parti sebelum mengambil keputusan bagaimana untuk meneruskannya.

Tidak jelas apa yang akan berlaku seterusnya, namun penganalisis mencadangkan Norlen, boleh meminta Parlimen untuk mengundi dan mencalonkan semula Andersson sebagai perdana menteri sekali lagi, kali ini sebagai ketua kerajaan satu parti. Ia juga tidak jelas bila undi sedemikian mungkin berlaku. – Agensi

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok