PM Sweden akur kalah dalam pilihan raya

September 15, 2022 · Dunia

Perdana Menteri Sweden Magdalena Andersson akur dengan kekalahannya dalam pilihan raya umum baru-baru ini, sekali gus memberi laluan kepada blok pembangkang membentuk kerajaan baharu.

Beliau berkata blok sayap kanan termasuk parti antiimigresen berjaya memperoleh majoriti tepis di Riksdag (parlimen), menurut laporan Bernama.

“Esok saya akan hantar permohonan peletakan jawatan saya sebagai perdana menteri,” kata Andersson pada sidang media, Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Bagaimanapun, beliau akan menerajui pentadbiran kerajaan sehingga kerajaan baharu dibentuk.

Andersson berkata beliau akan terus memimpin parti Sosial Demokrat dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi mencari penyelesaian kepada kemelut yang dihadapi Sweden.

Ketua Parti Moderates, Ulf Kristersson berkata blok sayap kanan telah menerima mandat untuk melaksanakan perubahan.

“Saya kini memulakan tugas untuk membentuk kerajaan baharu. Saya mahu semua bersatu dan bukannya berpecah,” katanya di media sosial sambil mengucapkan terima kasih atas sokongan pengundi.

Berita berkaitan
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023· Dunia
Himpunan bantah bakar Al-Quran, 10 individu sudah dirakam keterangan polis
February 2, 2023· Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023· Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
January 26, 2023· Isu semasa
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
14 jam lalu · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
14 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok