PM Singapura pertahan keputusan hukuman gantung terhadap warga Malaysia

April 30, 2022 · Dunia

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Menteri Hal Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan telah membalas surat rakan sejawatan masing-masing dari Malaysia pada Selasa (26 April) serta menjelaskan yang Nagaenthran K Dharmalingam telah melalui segala proses perundangan sewajarnya.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) dalam satu kenyataan menjawab pertanyaan media mengenai surat rayuan daripada pemimpin Malaysia mengenai pelaksanaan kehakiman Nagaenthran, menurut laporan Bernama.

Pada Khamis (27 April), Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) memaklumkan kerajaan melalui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah sekali lagi menghantar surat kepada rakan sejawatan di Singapura minggu ini, meminta budi bicara pihak berkuasa Singapura mempertimbangkan untuk meringankan hukumannya.

Sebelum itu surat rayuan pertama kepada kerajaan Singapura dihantar Perdana Menteri dan Menteri Luar pada November 2021.

Pada Disember 2021, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mengutus surat kepada Presiden Republik Singapura agar meringankan hukuman Nagaenthran.

Nagaentran, 34, menjalani hukuman gantung pada Rabu (27 April) di Penjara Changi, Singapura.

Berasal dari Perak, Nagaentran dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin pada 2009 ke Singapura.

Nagaenthran sepatutnya dijadualkan menjalani hukuman pada 10 Nov 2021, tetapi mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah dimaklumkan dia positif Covid-19 ketika hadir untuk mengemukakan rayuan terakhirnya.

Peguam Nagaenthran mendakwa bahawa dia kurang upaya daripada segi intelek.

Berita berkaitan
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
15 jam lalu· Politik
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
15 jam lalu· Isu semasa
Pengeluar jam nafi dakwaan jam dirampas ada tulisan LGBT
May 30, 2023· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi, menghampiri RM4.60 berbanding dolar
May 24, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Putera Charles jadi Raja baharu serta merta ganti Ratu Elizabeth II
September 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
8 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok