PM Perancis terselamat usul undi tak percaya

July 12, 2022 · Dunia

Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne pada Isnin terselamat daripada undi tidak percaya apabila usul itu gagal mendapat sokongan majoriti.

Parlimen menolak usul dikemukakan Kesatuan Rakyat Sosial dan Ekologi Baharu (NUPES), dan hanya memperoleh sokongan 146 daripada 577 Ahli Parlimen, lapor Agensi Anadolu menurut Bernama.

Borne mengecam percubaan parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaannya, sambil menyifatkan cubaan itu mengganggu tugas Parlimen.

“Perancis memerlukan kerajaan yang menjalankan tugasnya, tetapi sebahagian lagi mahu menyekatnya,” katanya.

Di Perancis, usul undi tidak percaya pernah diluluskan ketika kerajaan pimpinan Georges Pompidou berkuasa pada 1962, hingga terpaksa meletak jawatan, tetapi kembali berkuasa dalam pilihan raya seterusnya

Parti berhaluan kanan yang diketuai Marine le Pen – pencabar Presiden Emmanuel Macron – tidak menyokong usul itu.

Alexandre Loube, ahli parti itu berkata kerajaan perlu mengelak daripada menghadapi lagi satu krisis tatkala negara sedang dilanda “krisis sosial, ekonomi dan keselamatan.”

Pemimpin gabungan NUPES mempertahankan usul itu dan mendakwa kurang kepercayaan terhadap kerajaan Borne.

Perikatan Macron hilang majoriti dan parti pembangkang juga menolak tawarannya untuk membentuk “kerajaan perpaduan”.

Berita berkaitan
PAS terbuka kerjasama dengan mana-mana parti kecuali PH: Tuan Ibrahim
16 jam lalu· Politik
Jangan terlalu selesa dengan kemenangan besar sebelum ini: Hasni
16 jam lalu· Politik
RUU Larangan Bertukar Parti akan dipersembah kepada Agong untuk digazet
August 16, 2022· Isu semasa
UMNO Bahagian cadang Ku Nan kekal sebagai calon di Putrajaya: Laporan
August 15, 2022· Politik
Popular
Puluhan pendatang haram Yahudi ceroboh Masjid Al-Aqsa
May 24, 2021
Sinopharm akhirnya terbitkan data ujian vaksin Covid-19
May 28, 2021
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
August 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Polis jumpa mayat dua budak dalam beg dibeli ketika acara lelongan
7 jam lalu · Dunia
Serangan bom, pembakaran di 17 tempat gegar Selatan Thailand
August 17, 2022 · Dunia
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022 · Dunia
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
August 16, 2022 · Dunia
MH17: Mahkamah Belanda buat keputusan 17 November
August 15, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok