PM Pakistan dakwa AS dalang gerakan guling kerajaan

Perdana Menteri (PM) Pakistan Imran Khan enggan tunduk terhadap gesaan pembangkang supaya meletak jawatan dan menuduh Amerika Syarikat cuba menggulingkan kerajaannya, ia susulan undi tidak undi tidak percaya bakal dijalankan di Parlimen pada Ahad ini.

Parti pembangkang bertindak membawa usul tidak percaya terhadap Imran dan menuntut peletakan jawatannya kerana didakwa terlibat dalam salah urus dasar ekonomi dan luar negara tersebut.

Bekas bintang kriket berusia 69 tahun itu berkata dalam ucapan kepada rakyat membuat pendirian tidak akan meletakkan jawatan dan menentang campur tangan asing dan menolak tuduhan yang dibuat pihak lawannya.

“Undi akan berlangsung pada hari Ahad. Apa pun keputusannya, saya akan menjadi lebih kuat. Saya tidak akan membiarkan konspirasi ini berjaya walau apa pun,” katanya dalam ucapan tersebut.

Dalam pada itu, Imran yang juga memimpin Parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) itu menyuarakan visinya untuk menjadikan Pakistan lebih kukuh daripada segi ekonomi dan berikrar melaksanakan dasar luar yang bebas serta memerangi rasuah.

Imran yang menjadi perdana menteri pada 2018, berkata terdapat cubaan anasir luar untuk melemahkan kerajaannya.

Kerajaan Imran berdepan cabaran paling serius daripada parti pembangkang utama negara itu.

Parlimen Pakistan dijangka mengundi usul berkenaan bagi menentukan sama ada kerajaan mempunyai majoriti dalam badan perundangan 342 kerusi itu.

BERITA BERKAIT
POPULAR