PM New Zealand tak lari ketika gempa goncang Wellington

October 23, 2021 · Dunia

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menghentikan seketika taklimat berkaitan Covid-19 di seluruh negara, tatkala gempa menggegarkan ibu kota Wellington pada Jumaat (22 Oktober), tetapi kemudian meneruskan ucapannya.

Wellington dan kawasan berdekatan digegarkan gempa berskala 5.9 magnitud dengan pusat gempa 35 kilometer ke arah barat daya Taumarunui di tengah North Island, menurut Geonet, pemantau seismik kerajaan.

Walaupun gegaran itu dirasakan secara meluas, tidak ada laporan kerosakan atau kecederaan. Tinjauan Geologi Amerika Syarikat meletakkan gempa berukuran 5.6 magnitud.

Ardern kekal di atas podium apabila gegaran bermula, tersenyum, dan memberitahu wartawan bertanyakan soalan: “Maaf, sedikit gangguan… sudikah anda mengulangi soalan itu?”

Dia memberitahu wartawan di akhir acara bahawa Timbalan Perdana Menteri Grant Robertson, yang juga berada di atas pentas tidak sepenuhnya yakin bahawa itu adalah gempa bumi dan bertanya-tanya apakah itu hanya angin kencang.

New Zealand sering mengalami gempa lemah hingga sederhana kerana terletak dalam Lingkaran Api yang aktif.

Bandar Christchurch masih belum pulih daripada gempa bumi berukuran 6.3 magnitud pada 2011 yang mengorbankan 185 orang.

Pada 2016, gegaran berukuran 7.8 magnitud melanda bandar Kaikoura di South Island, membunuh dua orang dan menyebabkan kerosakan bernilai berbilion-bilion dolar, termasuk di ibu negara Wellington. – Agensi

Berita berkaitan
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023· Dunia
Timur Indonesia dilanda gempa bumi 5.2 skala Richter
June 11, 2023· Dunia
Gempa bumi di Selat Sunda, Indonesia
May 10, 2023· Dunia
Barat Indonesia dilanda gempa bumi kuat
April 25, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok