PM New Zealand batal perkahwinan

January 23, 2022 · Dunia

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Arden membatalkan perkahwinannya tatkala negara itu menguatkuasakan larangan baharu bagi mengurangkan penularan varian Omicron Covid-19 dalam kalangan komuniti.

New Zealand akan mengenakan peraturan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan umum dan premis perniagaan serta mengehadkan jumlah individu dalam satu-satu perhimpunan mulai tengah malam Ahad.

Sekatan baharu dijangka kekal sehingga sekurang-kurangnya akhir bulan depan.

Tindakan itu diambil setelah sembilan kes varian Omicron mencetuskan kluster dalam komuniti dari pulau utara ke selatan selepas satu majlis perkahwinan.

Sebuah keluarga menaiki pesawat dari Auckland ke majlis perkahwinan di pulau selatan yang dihadiri 100 orang. Keluarga berkenaan dan seorang pramugari disahkan positif.

“Perkahwinan saya tidak akan diteruskan,” katanya kepada pemberita, sambil menambah beliau juga kecewa dengan siasapa yang mengalami masalah sama.

Ditanya wartawan bagaimana perasaannya mengenai pembatalan perkahwinannya, Ardern menjawab: “Begitulah kehidupan.”

“Saya tidak berbeza dengan beribu-ribu rakyat New Zealand lain yang menerima kesan lebih dahsyat akibat wabak itu. Yang paling menyakitkan ialah ketidakupayaan untuk bersama orang yang disayangi kadang-kadang apabila mereka sakit teruk. Itu mengatasi kesedihan yang saya alami,” katanya.

Ardern dan pasangan lama Clarke Gayford tidak pernah mengumumkan tarikh perkahwinan mereka, tetapi ia dipercayai dijadualkan beberapa minggu akan datang.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok