PM Itali letak jawatan, beri laluan pilihan raya awal

July 22, 2022 · Dunia

Perdana Menteri Itali Mario Draghi meletak jawatan selepas kerajaan campurannya tumbang pada Khamis.

Perkara itu telah dimaklumkan kepada Presiden Itali Sergio Mattarella, lapor Bernama.

Parlimen Itali dijangka dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya awal selepas tiga parti yang membentuk kerajaan campuran, liga sayap kanan Matteo Salvini, Forza Italia (FI) parti bekas perdana menteri Silvio Berlusconi dan Gerakan 5 Bintang (M5S), gagal mempertahankan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri itu pada Rabu, lapor Agensi Berita Itali (ANSA).

Pejabat presiden memaklumkan, sehingga pilihan raya diadakan kerajaan sedia ada akan memangku jawatan pentadbiran.

Draghi mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen yang hadir, kebanyakannya menyokong kerajaan pimpinannya sehingga mampu bertahan selama setahun setengah.

“Terima kasih atas semua komitmen yang telah diberikan selama ini,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok