PM India ucap takziah atas pemergian Samy Velly

September 15, 2022 · Dunia

Perdana Menteri India Narendra Modi melahirkan rasa dukacita atas pemergian bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu yang juga penerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman pertama dari Malaysia.

“Sedih dengan pemergian Tun S. Samy Vellu, bekas menteri di Malaysia dan penerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman pertama dari Malaysia. Takziah kepada keluarga beliau. Om Shanti,” katanya menerusi Twitter, lapor Bernama.

Samy Vellu, 86, meninggal dunia kira-kira 7 pagi Khamis di kediamannya.

Semasa hayatnya, Samy Vellu pernah dilantik sebagai Menteri Kerja Raya dari 1979 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008, selain menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput bermula 1974 hingga 2008.

Mendiang pernah berkhidmat sebagai anggota pentadbiran Persekutuan di bawah tiga Perdana Menteri iaitu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 1978 hingga 2008.

Anugerah berprestij Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) yang disampaikan Presiden India itu ialah anugerah tertinggi untuk bukan pemastautin India dan warga yang berada di luar negara.

Penyampaian anugerah itu dibuat semasa acara tahunan Pravasi Bharatiya Divas di India sebagai menghargai sumbangan yang telah diberikan.

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Stok beras mencukupi untuk lima bulan tampung keperluan: Mat Sabu
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok