PM Britain letak jawatan setelah gagal tunai janji kepada rakyat

October 20, 2022 · Dunia

Liz Truss meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Britain – enam minggu setelah dilantik – susulan program ekonominya mencetuskan kejutan pasaran selain menyebabkan Parti Konservatif berpecah.

Pemilihan kepemimpinan akan selesai minggu depan untuk menggantikan Truss, yang menjadi perdana menteri paling singkat dalam sejarah British.

George Canning sebelum ini memegang rekod berkenaan apabila berkhidmat selama 119 hari pada tahun 1827 kerana meninggal dunia.

Bercakap di luar pintu pejabatnya di Downing Street Nombor 10, Truss mengakui bahawa dia tidak dapat menunaikan janji yang dibuatnya ketika bertanding sebagai pemimpin Konservatif, kerana kehilangan kepercayaan partinya.

“Saya akui memandangkan situasi itu saya tidak dapat menyampaikan mandat yang mana saya dipilih oleh Parti Konservatif. Oleh itu, saya telah bercakap dengan Raja untuk memberitahu baginda bahawa saya meletakkan jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif,” katanya. .

“Pagi ini saya bertemu Pengerusi Jawatankuasa 1922, Sir Graham Brady. Kami bersetuju bahawa akan ada pemilihan kepemimpinan yang akan diselesaikan dalam minggu depan.

“Ini akan memastikan bahawa kami kekal dalam laluan untuk melaksanakan rancangan fiskal dan mengekalkan kestabilan ekonomi dan keselamatan negara kita,” katanya.

Sementara itu Brady berkata pemilihan kepemimpinan bagi menggantikan Truss dan pemimpin Parti Konservatif perlu diselesaikan selewat-lewatnya 28 Oktober ini.

Berikut teks penuh ucapan Truss di Downing Street.

“Saya memegang jawatan ini ketika ketidakstabilan ekonomi termasuk di peringkat antarabangsa yang dahsyat. Golongan yang berkeluarga dan sektor perniagaan bimbang bagaimana untuk membayar bil mereka, perang yang tidak sah membabitkan Putin di Ukraine turut mengancam keselamatan seluruh benua kita, malah pertumbuhan ekonomi negara turut terbantut dalam tempoh yang panjang.

“Saya telah dipilih oleh Parti Konservatif dengan mandat untuk mengubahnya. Kami mengemukakan rancangan untuk membekukan bil tenaga dan pemotongan insurans nasional. Selain menetapkan visi untuk cukai yang rendah, ekonomi dengan pertumbuhan tinggi yang memberi kelebihan susulan kebebasan daripada Brexit.

“Saya sedar disebabkan keadaan semasa, saya tidak dapat menjalankan mandat diberikan melalui Parti Konservatif. Oleh itu, saya telah bercakap kepada Raja bagi memaklumkan peletakan jawatan sebagai ketua Parti Konservatif.

“Pagi ini saya bertemu Pengerusi Jawatankuasa 1922, Sir Graham Brady. Kami bersetuju bahawa akan ada pemilihan kepemimpinan yang akan diselesaikan minggu depan. Ini akan memastikan bahawa kita kekal di landasan untuk merealisasikan rancangan fiskal dan mengekalkan kestabilan ekonomi serta keselamatan negara.

“Saya akan kekal sebagai perdana menteri sehingga pengganti dipilih. Terima kasih,” katanya. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
December 8, 2022· Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022· Isu semasa
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Wan Saiful kata Rafizi sudah hilang ingatan
December 6, 2022· Politik
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Rafizi kata boleh pula sekarang
December 6, 2022· Politik
Popular
Elizabeth line: Laluan kereta api bawah tanah baharu jauh di bawah London
May 25, 2022
Gunung berapi Anak Krakatau di Indonesia meletus, muntahkan abu besar
April 25, 2022
Lagi Dunia terkini
Dua maut, lapan cedera serangan bunuh diri di balai polis Bandung
December 7, 2022 · Dunia
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
December 3, 2022 · Dunia
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok